7 CARA MEMBANTU TIDUR MEREKA YANG MENGALAMI ASMA

Mereka yang mengalami asma mungkin mengalami kesulitan untuk tidur kerana disebabkan gejala seperti batuk, sesak nafas dan rasa tidak selesa di bahagian dada.

Antara punca yang menyebabkan asma anda menjadi teruk mungkin disebabkan habuk dan udara. Jadi, terdapat beberapa cara tidur yang boleh membantu tidur anda menjadi lebih lena iaitu:

1. Tilam dan bantal dalam keadaan bersih

  • Untuk memastikan anda mendapat tidur yang lena, anda harus menitikberatkan tentang kebersihan tempat tidur iaitu tilam dan bantal. Jangan biarkan tilam dan bantal anda dalam keadaan berhabuk. Pastikan ianya di cuci dan cadar ditukar sebulan sekali. Pastikan bilik tidur mendapat pengudaraan yang baik.

2. Elakkan benda yang berbulu

  • Habuk mudah berada di tempat yang berbulu seperti karpet, selimut dan anak patung. Jadi, elakkan benda-benda seperti ini dan basuh untuk mengelak habuk di bilik tidur anda.

3. Jangan tidur dengan haiwan

  • Selain benda yang berbulu, haiwan juga salah satu perkara yang berkait dengan penyakit asma. Oleh itu, jangan pelihara haiwan berbulu kerana ia boleh memburukkan keadaan anda.

4. Gunakan humidifier

  • Untuk mengelak penyakit asma berlarutan, anda boleh menggunakan humidifier sebagai salah satu cara untuk mengatasinya. Humidifier dapat melembabkan udara di dalam bilik tidur.

5. Gunakan selimut atau sweater ketika tidur

  • Pengudaraan juga sangat penting bagi mereka yang mengalami asma kerana udara yang sejuk boleh menyebabkan sesak nafas dan mencetuskan asma. Jadi, gunakan selimut atau sweater ketika tidur.

6. Pastikan bilik tidur bersih

  • Pastikan bilik tidur anda bersih dan tiada habuk ketika tidur. Jadi, bersihkannya apabila anda bangun dari tidur.

7. Makan ubat asma

  • Selain membersihkan bilik, anda juga boleh mengambil ubat asma jika cara di atas tidak dapat mengatasinya. Berjumpa dengan doktor untuk dapatkan nasihat terlebih dahulu.

Oleh itu, pastikan anda tidur dalam keadaan selesa dan bersih agar terhindar dari asma yang teruk dan pastikan posisi tidur anda dalam keadaan yang betul.

Bantal Leyna untuk mereka yang nak tidur lena. Berminat untuk merasai kegebuan dan kemewahan Bantal Leyna

Berminat jana income 5 angka dengan FAMILY LEYNA

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *