Setiap umat Islam kita diwajibkan untuk berwuduk sebelum solat. Namun, tahukah anda berwuduk sebelum tidur sangat digalakkan kerana banyak manfaatnya.
Rasulullah SAW bersabda:
“Barangsiapa tidur dimalam hari dalam keadaan suci (berwudhu ‘) maka Malaikat akan tetap mengikuti, lalu ketika ia bangun nescaya Malaikat itu akan berucap’ Ya Allah ampunilah hamba mu si fulan, kerana ia tidur di malam hari dalam keadaan selalu suci , “(HR Ibnu Hibban dari Ibnu Umar ra).
Berwuduk juga bukan sekadar membasuh bagian-bagian tubuh dengan air, malah ia juga boleh mencegah dari pelbagai penyakit dan menjaga kesihatan kita.

