TIPS PENJAGAAN MATA

1. Tidur dan rehat secukupnya

 

 

  • Pastikan anda mendapat tidur yang berkualiti selama 6-8 jam sehari untuk mengelak tompok hitam dibawah mata. Selain itu, kekurangan tidur juga menyebabkan mata kelihatan letih dan sembam.

2. Lakukan senaman untuk mata

 

Jom kita amalkan senaman yang sihat untuk mata. 

  •  Keluar rumah, cuba anda lihat satu objek berdekatan anda, kemudian perhatikan objek yang lebih jauh secara beransur-ansur dan sejauh yang mungkin. Selepas itu, cuba anda lihat semula objek secara dekat. Ulang langkah tersebut beberapa kali.
  •  Gerakkan mata anda ke kanan semaksimum mungkin, berhenti sekejap, kemudian ke kiri, berhenti sekejap, dan seterusnya ke atas, bawah dan tengah. Ulang langkah tersebut
    beberapa kali.
  •  Jika anda berada di hadapan komputer selama 1-2 jam, berhenti sekejap dan cuba anda lihat objek berwarna hijau di luar rumah atau pejabat, seperti pokok dan sebagainya. Ia mampu menenangkan dan merehatkan mata anda.

3. Lingungi mata dari sinaran matahari

 

 

  • Semasa anda berada diluar,anda disarankan untuk memakai cermin mata hitam yang mempunyai perlindungan UV untuk mengelak dari kerosakan mata kesan daripada sinaran matahari. Pastikan mata terlindungi dari kemasukkan habuk dan bahan kimia.

4. Pemakanan yang sihat

 

 

  • Amalan pemakanan yang sihat dapat mencegah daripada penyakit mata. Pastikan makanan yang diambil sedikit sebanyak dapat memberi nutrisi kepada mata. Amalkan makan makanan yang kaya dengan vitamin A dan C seperti susu, sayur terutamanya lobak dan brokoli serta buah-buahan seperti aprikot dan anggur.

5. Penggunaan timun dan uncang teh

 

 

  • Letakkan timun di kedua-dua mata anda dan sekaligus membuat mata anda sejuk dan segar serta mampu merehatkan saraf mata.
    Bagi mereka yang selalu minum teh, jangan buang uncang teh. Simpan di dalam peti sejuk. Kemudian, letak uncang teh di kedua-dua kelompak mata anda. Ia mampu mengecutkan salur darah serta dapat menyikirkan air yang bertakung di kawasan mata anda.

6. Guna bahagian belakang sudu

 

 

  • Wanita di Korea Selatan, mereka mengamalkan cara dengan meletakkan sudu di mata. Mula-mula, letakkan sudu di dalam peti ais selama beberapa minit. Kemudian, tekapkan belakang sudu pada mata untuk merasai kesejukan yang menyegarkan dan menghilangkan keletihan mata.

7. Pemeriksaan mata

 

 

  • Dapatkan pemeriksaan mata sekurang-kurangnya sekali setahun untuk memastikan mata dalam keadaan sihat dan terhindar dari penyakit yang merbahaya.

Bantal Leyna untuk mereka yang nak tidur lena. Berminat untuk merasai kegebuan dan kemewahan Bantal Leyna

Berminat jana income 5 angka dengan FAMILY LEYNA

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *