POSISI TIDUR UNTUK IBU HAMIL

  Ibu mengandung sering mengalami kesukaran untuk tidur dengan lena apabila perut semakin membesar. Itulah salah satu dugaan sewaktu mengandung dan ibu perlukan rehat dan tidur yang mencukupi untuk terus sihat dan kuat. Terdapat beberapa posisi tidur yang boleh dicuba bagi mendapatkan tidur yang selesa.

POSISI TIDUR TERBAIK BUAT IBU HAMIL :

  • TIDUR MENIARAP

    Sebenarnya anda tidak digalakkan untuk tidur dalam posisi ini sama ada anda mengandung atau tidak. Posisi ini akan membuatkan anda mengalami kesukaran untuk bernafas. Hal ini disebabkan ia seumpama menindih dada atau paru-paru dengan bebanan badan sendiri dan menghalang laluan udara yang disedut dan dihembus. Tidur meniarap juga boleh mengganggu jantung dan otak.

 

Tetapi, ada kalanya posisi tidur ibu mengandung ini memang pelik. Sesetengah ibu yang mengandung selesa dengan posisi ini tetapi tidak sesuai untuk kandungan besar kerana ia akan membahayakan bayi yang berada didalam perut.

  • TIDUR TERLENTANG

    Untuk kehamilan trimester kedua, posisi ini tidak digalakkan dan tidak sesuai. Hal ini kerana uterus akan meletakkan tekanan pada saluran darah yang mengalir di jantung dan akan menyebabkan pengaliran darah dan nutrisi ke plasenta dan bayi menjadi terhad jika terlalu lama.

 

Selain itu, tidur terlentang juga akan meletakkan beban pada bahagian pinggang anda menjadikan anda berasa cepat lenguh. Anda juga mungkin akan berasa pening.

  • TIDUR MENGIRING DI BAHAGIAN KIRI

    Doktot-doktor Barat lebih menyarankan agar tidur dalam posisi ini kerana ia dapat mengelakkan uterus memberi tekanan pada hati dan membolehkan bayi menerima kandungan nutrisi yang diperlukan.

 

Walaubagaimanapun, tidur mengiring ke kiri bukanlah yang paling ideal dalam praktis Islam kerana jantung ketika itu dihimpit oleh peparu kanan yang lebih besar dari peparu kiri. Maka, posisi tidur ibu mengandung seperti ini dianggap kurang sesuai jika diamalkan selalu kerana mampu mengurangkan kecergasan jantung.

  • TIDUR MENGIRING DI BAHAGIAN KANAN

    Sebagai umat Islam, kita sememangnya digalakkan untuk tidur mengikut posisi ini dan sesuai samaada mengandung ataupun tidak. Terdapat sebuah kajian membuktikan bahawa makanan dari perut hanya mengambil masa sekitar 2.5 – 4.5 jam sampai ke usus apabila seseorang tidur mengiring ke kanan. Manakala, orang yang tidur mengiring ke kiri mengambil masa lebih kurang 5 – 8 jam bagi proses yang sama.

 

Kedudukan hati semasa tidur mengiring di bahagian kanan akan berada dalam kedudukan stabil dan tidak tergantung. Manakala, perut pula dapat bertenggek diatasnya dengan baik. Keadaan inilah yang memudahkan untuk mengosongkan makanan dari perut selepas proses penghadaman.

TIPS TAMBAHAN :

 1. Cuba dapatkan posisi yang optimum dengan bantuan bantal-bantal yang selesa. Bantal-bantal yang selesa akan memberi sokongan kepada badan anda. Bantal Leyna juga sesuai kerana ia boleh dilaraskan mengikut keselesaan.

 

2. Sebelum tidur, disarankan juga anda mandi terlebih dahulu untuk membantu anda lebih tenang dan selesa. Selain itu, anda boleh minum air panas sebelum tidur seperti teh buah.

 

3. Tetapi, lebih efektif jika anda minta suami urutkan badan kerana ia membantu pengaliran darah seluruh badan dan anda akan rasa lebih relaks. Hubungan pun akan menjadi lebih mesra!

Bantal Leyna untuk mereka yang nak tidur lena. Berminat untuk merasai kegebuan dan kemewahan Bantal Leyna

Berminat jana income 5 angka dengan FAMILY LEYNA

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *