TERLELAP SEKEJAP PUNCA MICROSLEEP

Microsleep ialah keadaan di mana anda tidak sedar bahawa anda baru sahaja tertidur beberapa saat. Ianya sering berlaku di mana-mana sahaja sama ada di tempat kerja, sekolah mahupun semasa menonton tv. Malah ia kerap berlaku apabila anda sedang memandu kereta.

Terdapat beberapa perkara yang menyebabkan microsleep terjadi iaitu:

  • Terlalu mengantuk sehingga sukar untuk tidur
  • Sleep apnea
  • Ubat yang menyebabkan mengantuk

Antara tanda-tanda microsleep ialah:

  • Tidak memberi tindak balas apabila di panggil
  • Termenung
  • Tidak mengelipkan mata
  • Tidak ingat kejadian yang berlaku beberapa saat tadi
  • Asyik menguap
  • Susah nak buka mata walaupun berkali-kali cuba

Bilakah microsleep terjadi?

Microsleep terjadi semasa waktu awal pagi, lewat malam dan bila-bila masa sahaja apabila anda kekurangan tidur.

Antara sebab lain yang menyebabkan anda kekurangan tidur ialah:

  • Tidur lama ketika waktu siang
  • Cepat marah
  • Cepat lupa

Malah, ia sangat berkait-rapat dengan masalah

  • Tekanan darah tinggi
  • Obesiti
  • Serangan jantung

Punca yang menyebabkan microsleep.

Seperti yang kita ketahui, microsleep terjadi apabila anda tidak mendapat tidur yang cukup. Ianya berkemungkinan boleh menyebabkan insomnia. Keadaan ini berlaku disebabkan

  • sleep apnea- apabila saluran pernafasan tidak sampai ke otak, ia menyebabkan otak tidak dapat oksigen yang mencukupi sehingga menyebabkan anda mengantuk.
  • GERD menyebabkan pesakit terjaga malam akibat masalah yang dihadapinya
  • Pesakit yang kerap batuk akan mengalami masalah kurang tidur.

Cara merawat

Bagi mengelak microsleep berlaku, anda disarankan untuk mendapatkan tidur yang secukupnya iaitu 7-8 jam sehari.

Jadualkan waktu tidur anda dengan sebaiknya agar anda mendapat tidur yang berkualiti. Antara perubahan lain yang anda boleh lakukan ialah:

  • jangan minum minuman yang berkafein dan beralkohol sebelum tidur
  • tutup lampu dan bunyi yang mengganggu tidur anda
  • jangan lakukan aktiviti lasak sebelum tidur
  • pastikan bilik tidur dalam keadaan selesa

Sewaktu memandu:

  • memandu semasa anda sihat dan cergas
  • ada kawan sebelah yang menemani anda jika anda mengantuk
  • beri tumpuan ketika memandu
  • hiburkan diri dengan memasang radio

Semasa bekerja:

  • bersembang atau berbincang untuk kekal segar
  • lakukan senaman regangan kaki
  • jangan buat kerja yang melibatkan peralatan atau mesin jika mengantuk

Jika masalah microsleep anda berlarutan, segera berjumpa doktor untuk mendapat khidmat nasihat dari beliau.

Cara untuk mencegah microsleep.

Menurut kajian, hampir 16.5% kemalangan jalan raya berlaku disebabkan pemandu yang tidak cukup tidur.

Apabila seseorang itu memandu dalam keadaan mengantuk ia akan membahayakan kepada kenderaan yang lain. Oleh itu, sebelum memulakan sesuatu pekerjaan atau pemanduan anda hendaklah sentiasa mendapat tidur yang cukup dan berkualiti.

Tidur yang berkualiti dapat meningkatkan tenaga, mengurangkan masalah emosi atau tekanan dan risiko penyakit lain.

Pengambilan kafein juga membantu menghilangkan mengantuk dan membantu mengasah minda anda. Walaubagaimanapun, harus diingatkan bahawa kandungan dalam kafein memberi ransangan dalam jangka masa yang lama.

Namun, apabila anda mengurangkan pengambilan kafein atau berhenti minum kafein ia akan memberi kesan sampingan yang dipanggil “withdrawal”.

Begitulah penjelasan tentang Microsleep. Ingat microsleep sangat merbahaya semasa anda sedang memandu atau bekerja. Pastikan anda berada dalam keadaan sihat dan cergas semasa memandu. Elakkan dari kejadian yang tidak diingini.

Bantal Leyna untuk mereka yang nak tidur lena. Berminat untuk merasai kegebuan dan kemewahan Bantal Leyna

Berminat jana income 5 angka dengan FAMILY LEYNA​

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *