DOA AGAR DIPERMUDAHKAN TIDUR

๐Ÿ“Œ Doa ini adalah kepada mereka yang susah untuk tidur malam mengikut ajaran Nabi Muhammad SAW. Diriwayatkan olehย  At-Tabraniy dan Ibn al-Sunni, dari Hajjaj bin Imran As-Sadusiy, dari Amru bin Al-Husain, dari Muhammad bin Abdillah dari Thaur bin Yazid dari Khalid bin Maโ€™dan dari Abdul Malik bin Marwan bahawa:

Bapanya pernah mengatakan bahawa Zaid bin Thabit pernah mengadu kepada Nabi saw tentang penyakit tidak boleh tidur malam yang menimpanya, lalu baginda saw mengajarnya doa seperti dibawah:

ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุบูŽุงุฑูŽุชู ุงู„ู†ูู‘ุฌููˆู…ู ุŒ ูˆูŽู‡ูŽุฏูŽุฃูŽุชู ุงู„ู’ุนููŠููˆู†ู ุŒ ูˆูŽุฃูŽู†ู’ุชูŽ ุญูŽูŠูŒู‘ ู‚ูŽูŠูู‘ูˆู…ูŒ

ูŠูŽุง ุญูŽูŠูู‘ ุŒ ูŠูŽุง ู‚ูŽูŠูู‘ูˆู…ู ุŒ ุฃูŽู†ูู…ู’ ุนูŽูŠู’ู†ูŽูŠูŽู‘ ูˆูŽุฃูŽู‡ู’ุฏูุฆู’ ู„ูŽูŠู’ู„ููŠ

Maksudnya:

Ya Allah, telah malap bintang-bintang, dan telah tenang mata-mata manusia, dan Engkau maha berkuasa, Wahai yang Maha Berkuasa, lelapkanlah mataku dan tenangkanlah malamku ini .

Ketahuilah, doa yang telah diajarkan oleh Rasulullah SAW dapat membantu mereka yang mempunyai masalah kesukaran tidur terutamanya ketika waktu malam.

Menurut Pengarang Buku Doa dan Rawatan Pesakit, doa ini boleh dibacakan kepada pesakit dan air.

Caranya, letakkan tangan kanan anda atas dahi semasa membaca doa dan tiup dikedua belah biji matanya.

Air yang telah dijampi dengan doa boleh digunakan untuk minum dan mandi.

๐Ÿ“Œ Menurut hadith riwayat Ibnus Sunni, Zaid bin Thabit r.a yang mengalami masalah sukar untuk tidur (insomnia) akhirnya dapat tidur dengan nyenyaknya berkat beramal dengan doa yang diajar oleh Nabi saw ini . Di zaman ini, banyak masalah dan kesukaran tidur atau Insomnia kepada masyarakat kita atas faktor pemakanan, kerja, stress dan lain-lain. Oleh itu, kita perlu pastikan waktu tidur kita tidak diganggu dan mendapat tidur yang lena mengikut waktu yang betul. Jangan lupa amalkan doa yang diajar oleh Rasulullah SAW seperti diatas.

๐Ÿ“Ž Tidur adalah waktu yang terbaik untuk badan kita berehat. Amalkan doa ini jika anda sukar untuk tidur malam.

Bantal Leyna untuk mereka yang nak tidur lena. Berminat untuk merasai kegebuan dan kemewahan Bantal Leyna

Berminat jana income 5 angka dengan FAMILY LEYNA

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *