ANDA MENGALAMI INSOMNIA? MAKAN 5 BUAH INI

Mereka yang mempunyai masalah kurang tidur sering dikaitkan dengan insomnia. Mereka yang mengalaminya pasti memikirkan cara untuk mengatasi masalah ini. Jangan khuatir, setiap masalah pasti ada cara penyelesaiannya. Dipetik dari laman ACJ.com, Isnin (14/1/2019), terdapat 5 jenis buah yang mampu mengatasi masalah insomnia kepada mereka yang menghidapinya, iaitu:

  1. Buah Kiwi

🥝 Berdasarkan satu kajian yang dilakukan oleh University of North Carolina di Chapel Hill, seseorang yang makan dua buah kiwi satu jam sebelum tidur dapat membantu seseorang untuk mudah tidur. Hampir 30% buah kiwi ini mampu mengatasi masalah insomnia kepada mereka yang menghidapinya.

  1. Pisang

🍌 Tahukah anda pisang mengandungi karbohidrat yang dapat membuat anda rasa mengantuk. Jadi sekiranya anda mulai rasa lapar sebelum tidur, makanlah buah pisang.

  1. Buah Ceri

🍒 Mereka yang mengalami Insomnia boleh cuba makan buah ceri. Buah ceri dapat meningkatkan kualiti tidur anda. Hormon Melatonin yang terkandung dalam buah ini dapat mengatur hormon di dalam otak anda.

🍒 Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Louisiana State University, golongan dewasa yang minum air ceri dua kali sehari dalam anggaran dua auns, mereka dapat tidur selama 85 minit tambahan.

  1. Beri

🫐 Antioksidan yang tinggi yang terkandung dalam beri dapat melindungi diri anda dari tekanan gangguan tidur. Antara buah yang termasuk dalam beri ialah blueberry, rasberi dan blackberry. Makan buah ini dapat membuatkan tidur dengan lebih nyenyak.

  1. Nanas

🍍 Nanas juga salah satu buah yang mengandungi kandungan melatonin yang tinggi. Penyelidikan menyatakan bahawa, melatonin dalam badan dapat meningkatkan sehingga 266 % jika seseorang mengamalkan makan buah ini. Jadi makan nanas membantu anda mendapat tidur yang lena.

Ternyata banyak khasiat buah yang membantu meningkatkan rasa mengantuk kepada kita semua. Apalagi, masukkan list buah-buahan dalam rutin harian anda.

Bantal Leyna untuk mereka yang nak tidur lena. Berminat untuk merasai kegebuan dan kemewahan Bantal Leyna

Berminat jana income 5 angka dengan FAMILY LEYNA

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *