“Rasa letih dan penatlah hari ini. Mungkin aku tak cukup tidur agaknya”. Sering kali kita bercakap begini ketika dalam keadaan letih dan penat. Namun, mungkin terdapat beberapa faktor lain yang menyebabkan anda letih.
Menurut perkongsian dari Pakar, terdapat beberapa tabiat buruk yang menyebabkan anda rasa cepat letih, iaitu:
1. Kurang Air

Menurut Pakar diet dari syarikat Texas Health Ben Hogan Sports Medicine, Amy Goodson berkata, apabila dehidrasi berlaku, ia akan menyebabkan jumlah darah anda menjadi kurang serta menjadi lebih pekat. Sebaiknya, pastikan anda minum air dengan banyak untuk mengurangkan masalah keletihan yang melampau.
2. Tidak Sarapan

Makan adalah salah satu keperluan dalam hidup. Ketika anda tidur, makanan yang anda makan, akan diserap oleh badan untuk dijadikan tenaga kepada tubuh. Apabila keesokkan paginya, anda harus bersarapan bagi mengisi perut. Ini bagi memastikan anda tidak berasa lemah dan letih.
3. Makan Makanan Ringan

Makanan ringan yang mempunyai kedudukan tinggi pada indeks glisemik (GI), dapat meningkatkan prestasi gula dalam darah. Jika lonjakan gula dalam darah semakin meningkat, ia boleh menyebabkan anda cepat letih.
4. Bergantung Kepada Kafein

Minum kopi di pagi hari dapat memberi kesegaran kepada kita. Menurut kajian, minum 3 cawan kopi setiap hari adalah baik, namun kandungan kafein yang tidak betul akan mengakibatkan kitaran tidur anda terganggu. Oleh itu, pastikan anda mengambil minuman yang mengandungi kafein dengan berhati-hati.
Kesimpulannya, mungkin kita tidak perasan perkara yang kita selalu buat boleh menyebabkan kita keletihan. Jadi, pastikan anda mengamalkan gaya hidup yang sihat.

