4 LANGKAH UNTUK MENGATASI MULUT KERING KETIKA TIDUR

Adakah anda pernah menghadapi masalah mulut kering ketika tidur? Masalah mulut kering kerap kali kita dengari. Ia boleh disebabkan beberapa faktor yang menyebabkan mulut anda menjadi kering, contohnya disebabkan cuaca atau suhu di dalam bilik tersebut.

Oleh itu, disini kita kongsikan kepada anda cara untuk mengatasi masalah mulut kering ketika tidur.

1. Minum air secukupnya

Masalah mulut kering sering dihadapi oleh seseorang apabila anda tidak minum air dengan cukup. Ini akan mengakibatkan dehidrasi. Jadi, pastikan anda minum air kosong setelah bangun tidur.

2. Gunakan air-humidifier atau pelembap udara

Pasang air-humidifier atau pelembap udara ketika tidur. Ia akan memberi kelembapan udara ketika anda sedang tidur.

3. Elakkan minuman yang mengandungi alkohol dan kafein yang tinggi

Elakkan mengambil minuman yang mengandungi alkohol dan kafein kerana ia boleh menyebabkan anda dehidrasi sehingga menyebabkan mulut anda kering.

4. Jaga kesihatan mulut anda

Masalah mulut kering akan menyebabkan seseorang itu mengalami kerosakan gigi dan gigi berlubang. Jadi sangat penting untuk anda pastikan kebersihan mulut anda dijaga dengan baik.

Kesimpulannya, jangan biarkan mulut anda terdedah kepada perkara seperti diatas. Pastikan anda menjaga mulut dengan baik agar ia tidak menganggu tidur anda.

Bantal Leyna untuk mereka yang nak tidur lena. Berminat untuk merasai kegebuan dan kemewahan Bantal Leyna

Berminat jana income 5 angka dengan FAMILY LEYNA

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *