5 JENIS TEH YANG MEMBANTU ANDA UNTUK TIDUR

Tidur yang nyenyak dan lena dapat meningkatkan kualiti tidur kita. Ia juga dapat mengelakkan masalah tekanan, hipertensi dan masalah kemurungan. Namun, tidak semuanya memiliki tidur yang cukup.

Menurut National Sleep Foundation, di Amerika Syarikat hampir 35% golongan dewasa yang tidur kurang dari 7 jam.

Ketika di waktu malam, hormon melatonin atau hormon tidur akan dihasilkan semasa anda sedang berehat. Dengan melakukan tabiat tidur yang baik, ia memudahkan anda untuk tidur lebih lena.

Selain itu, anda juga boleh mengamalkan minum air teh herba sebelum tidur. Satu kajian dilakukan pada tahun 2018 menunjukkan bahawa menghirup bau aroma teh dapat memberi ketenangan kepada anda sebelum tidur.

Oleh itu, bagi mereka yang mempunyai masalah tidur anda boleh mengamalkan lima jenis teh ini, iaitu:

1. Chamomile

Minum teh chamomile dapat memberi ketenangan kepada kita. Secara tidak langsung, ia memudahkan anda untuk tidur.

2. Lemon balm

Lemon balm ini adalah sebahagian daripada pudina yang dapat merawat mereka yang mempunyai masalah pencernaan seperti kembung perut. Selain itu, lemon balm juga dapat membantu memperbaiki gangguan tidur.

3. Akar Valerian

Akar Valerian sebenarnya sudah lama digunakan pada abad dahulu. Kesan sedatifnya akan melambatkan aktiviti otak dan membuatkan anda merasa tenang. Oleh itu, pelbagai kajian telah dijalankan dan menunjukkan bahawa akar valerian ini dapat membantu mereka yang mengalami masalah insomnia dan memperbaiki kualiti tidur.

4. Teh Passionflower

Teh Passionflower akan memberi kesan mengantuk kepada seseorang. Ini adalah kerana ianya mengandungi asid gamma aminobutyric, iaitu neurotransmitter di dalam otak. Walau bagaimanapun, keupayaan teh Passionflower untuk membantu meningkatkan tidur anda boleh jadi disebabkan peningkatan tahap Modulation of the γ-aminobutyric acid (GABA). Secara tidak langsung, ia membuatkan anda lebih tenang dan rehat.

5. Lavender

Sebenarnya lavender dapat diminum dalam bentuk teh yang dapat membantu meningkatkan kualiti tidur anda.

Jadi, bagi mereka yang mempunyai masalah tidur anda boleh mengamalkan dengan meminum teh ini. Selamat mencuba.

Bantal Leyna untuk mereka yang nak tidur lena. Berminat untuk merasai kegebuan dan kemewahan Bantal Leyna

Berminat jana income 5 angka dengan FAMILY LEYNA

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *