4 FAKTOR YANG MENYEBABKAN ANDA KELETIHAN APABILA BANGUN TIDUR

Tidur adalah salah satu keperluan. Tidur dapat merehatkan otak dan badan kita setelah seharian penat bekerja. Namun, ada yang masih mengalami keletihan apabila bangun dari tidur.

Jadi, apakah sebab yang menyebabkan seseorang itu mengalami rasa letih walaupun baru bangun dari tidur? Ia boleh disebabkan beberapa faktor seperti kesihatan dan tabiat tidur.

Menurut Medical News Today, mereka yang mengalami keletihan walaupun baru bangun dari tidur bukanlah penyakit yang serius. Namun, jika keletihan semakin berlarutan dan terdapat tanda-tanda lain, sebaiknya segera berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan.

Untuk itu, terdapat beberapa faktor utama yang boleh menyebabkan anda mengalami keletihan selepas bangun dari tidur iaitu:

1. Gangguan tidur

  • Antara gangguan tidur yang sering menganggu anda ialah seperti insomnia, sleep apnea, sindrom kaki gelisah dan bruxism (gigi mengetap semasa tidur) yang menyebabkan anda keletihan apabila bangun dari tidur. Ini menyebabkan pesakit yang mengalaminya kerap terjaga dari tidur dan tidak mendapat kualiti tidur yang baik.

2. Kesan dari alkohol dan kafein

  • Antara sebab yang boleh menyebabkan anda keletihan ialah kesan dari alkohol dan kafein yang diambil secara berlebihan. Kedua-duanya tidak sesuai diambil sebelum tidur kerana ia boleh menganggu tidur anda dan memberi kualiti tidur yang buruk.

3. Kurang cahaya matahari

  • Tahukah anda, cahaya matahari di waktu pagi mempunyai manfaatnya kepada otak dan tubuh kita. Jika anda kerap keletihan apabila bangun pagi, ia boleh disebabkan anda kurang mendapat cahaya atau sinaran di waktu pagi. Oleh itu, rajin-rajinlah menjemurkan diri seketika untuk mendapat khasiat cahaya matahari di waktu pagi.

4. Tabiat tidur yang buruk

  • Menurut Ahli National Sleep Foundation, corak tidur yang baik dapat meningkatkan kualiti tidur anda. Contohnya, pastikan ruang bilik tidur anda bersih dan selesa dan tiada penggunaan gadjet dua jam sebelum tidur. Namun, jika anda seorang yang suka makan lewat malam, makan banyak disiang hari dan suka menonton televisyen dan telefon, ia boleh merosakkan kualiti tidur dan cepat letih akibat kesan ini.

Sebaiknya, lakukan perkara yang dapat memberi kebaikan atau manfaat kepada diri anda sebelum tidur seperti membaca buku. Elakkan perkara-perkara seperti diatas.

Bantal Leyna untuk mereka yang nak tidur lena. Berminat untuk merasai kegebuan dan kemewahan Bantal Leyna

Berminat jana income 5 angka dengan FAMILY LEYNA

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *