Setiap kali sebelum tidur kita disuruh untuk tidak meminum kopi kerana ianya mengandungi kafein yang boleh menyukarkan anda tidur. Namun, tahukah anda bahawa terdapat minuman yang lain seperti minuman manis yang perlu dielakkan sebelum tidur. Ia adalah kerana minuman manis boleh meningkatkan metabolisme sehingga menganggu tidur anda.
Oleh itu, mari kita ketahui apakah minuman yang harus kita elakkan sebelum tidur :
1. Teh
- Menurut kajian yang dilakukan oleh American Chemical Society 2010, minuman Teh dalam bentuk minuman ringan mengandungi gula yang tinggi dan sekaligus boleh menyebabkan zat dan khasiatnya hilang begitu sahaja.
2. Kopi dan Kreamer
- Ada sesetengah kafein yang tidak menganggu tidur orang yang meminumnya. Namun, jika ditambah dengan kreamer, anda perlu mengelakkannya. Ini adalah kerana ada kebanyakan kreamer diperbuat daripada sirap jagung dan minyak sayuran. Ianya mengandungi kandungan gula yang tinggi dan boleh menganggu tidur anda.
3. Soda Diet
- Elakkan minum minuman berkarbonat atau soda diet sebelum tidur. Ianya mengandungi gula yang tinggi dan tidak sesuai diminum sebelum tidur.
4. Jus
- Minuman jus sememangnya sangat baik diminum. Namun, jika anda membelinya di pasar raya, ianya mengandungi fruktosa yang tidak diperlukan dalam tubuh. Dalam kajian yang dilakukan, dalam satu gelas jus epal mengandungi fruktosa yang sama bilangan dengan enam biji epal. Jadi, minuman seperti ini tidak bagus bagi mereka yang mengamalkan diet, malah ianya tidak sesuai diminum sebelum tidur.
Oleh itu, pastikan anda meneliti dahulu minuman yang anda minum sebelum tidur. Sebaiknya minumlah minuman yang boleh membantu anda untuk tidur lebih lena.