Berdasarkan kajian dari American Academy of Sleep Medicine (AASM), masalah kekurangan tidur akan menyebabkan masalah seks, sistem imun dalam badan, kenaikan berat badan dan masalah berfikir.
Di samping itu, masalah sukar tidur juga akan menjejaskan faktor kesihatan seperti masalah diabetes, barah serta mengundang kepada kemalangan jalan raya.
Kira-kira 1 dari 3 orang dewasa di Amerika mengalami masalah kurang tidur. Oleh itu, terdapat 5 kesan yang boleh mengganggu tubuh anda sekiranya tidak tidur selama 1 hari.
- Tidak boleh berfikir
📌 Dalam satu kajian yang dilakukan oleh Experimental Brain Research, seramai 18 kumpulan lelaki telah diberikan tugasan untuk menyelesaikan kerja sehingga selesai.
📌 Setelah sepanjang malam telah tidur, bermulalah tugasan pertama. Begitu juga tugasan seterusnya diselesaikan setelah seharian tidak tidur.
📌 Di sini, fungsi otak amat penting dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Jika ia tidak mendapat rehat yang cukup, otak tidak dapat berfikir dengan baik dan hasil kerja akan merosot dan tidak produktif dalam melakukan sesuatu perkara.
    2. Mudah lupa
📌 Apabila anda tidak mendapat tidur malam yang cukup, hasil pembelajaran dan ingatan dalam otak akan terhapus. Ia akan menyebabkan anda mudah lupa. Jadi, tidur amat penting kerana ia akan menyimpan maklumat dan perkara yang anda pelajari ke dalam ingatan.
- Penurunan libido
📌 Masalah seks boleh berlaku apabila seseorang tidak mendapat tidur yang cukup.
📌 Dalam satu kajian menunjukkan lelaki muda akan menghadapi masalah penurunan kadar testosteron sekiranya mereka tidak mendapat tidur yang berkualiti selama seminggu.
📌 Malah tidur kurang dari 5 jam juga akan menyebabkan kadar hormon seks berkurangan hampir 10-15%.
- Kulit tidak cantik
📌 Kebiasaannya, mereka yang berusia antara 30-50 tahun yang mengalami masalah kekurangan tidur akan mempunyai kedutan halus di wajah, kulit tidak rata dan kulit kendur. Oleh itu, ia memberi kesan kepada mereka dari segi penampilan dan kurang keyakinan diri.
- Masalah berat badan
📌 Mereka yang tidur kurang dari 5 jam mudah mengalami masalah berat badan. Manakala, mereka yang tidur cukup 7-8 jam, tidak mudah mengalami kenaikan berat badan. Jadi, pastikan anda mendapat tidur yang secukupnya bagi mengelak berat badan naik.
Jadi, pastikan anda mengamalkan gaya hidup yang sihat agar anda mendapat rehat yang cukup. Pastikan anda mendapat tidur yang berkualiti.