Siapa disini yang rambutnya basah dan terus tidur? Tahukah anda, tidur dengan rambut basah adalah tidak bagus. Ini kerana rambut yang basah boleh menyebabkan rambut anda rosak serta boleh menyebabkan penyakit yang bahaya.
Antaranya ialah:
1. Rambut Rosak
📌 Ketika rambut sedang basah, liang rambut sedang terbuka. Sekiranya anda baring semasa rambut sedang basah, ia akan merosakkan rambut. Ini kerana akarnya mudah terputus. Begitu juga jika anda sikat rambut. Oleh itu, tidak digalakkan sikat rambut dan baring ketika rambut basah.
2. Jangkitan Kulat
📌 Jangkitan kulat juga mudah berlaku ketika rambut basah. Ini kerana jangkitan kulat di kulit kepala seperti Malassezia boleh menyebabkan masalah kelemumur atau dermatitis.
3. Rambut Gugur
📌 Keguguran rambut boleh terjadi apabila terdapat kurap di kulit kepala anda. Ia adalah sejenis jangkitan kulat, dimana kulit kepala anda dalam keadaan lembap dan panas.
4. Tumbuh Jerawat Dimuka
📌 Apabila rambut anda basah dan bersentuhan dengan bantal, ia boleh menimbulkan jangkitan bakteria di muka seperti jerawat. Jadi, pastikan anda keringkan rambut sebelum tidur.
5. Sakit Lumpuh Saraf Muka
📌 Di China, terdapat seorang wanita yang berusia 32 tahun yang mengalami lumpuh di sebahagian mukanya akibat rambut basah.
Berdasarkan laporan dari China Times, wanita tersebut selalu basahkan rambutnya selepas balik dari kerja dan tertidur tanpa mengeringkan rambutnya terlebih dahulu.
Akibatnya, sebelah dari mukanya tidak dapat bergerak dan mulutnya sedikit bengkok. Selepas dibuat pemeriksaan, doktor mendapati beliau menghidap lumpuh saraf muka akibat suka tidur dengan rambut yang basah.
Oleh itu, jangan biarkan ia menjadi satu tabiat kepada diri anda. Pastikan anda keringkan rambut anda dahulu sebelum tidur.

