5 MANFAAT MENGEMAS KATIL SELEPAS BANGUN DARI TIDUR

Ada dikalangan kita yang suka mengemas katil apabila bangun dari tidur. Ianya membuatkan mata anda rasa tenang dan aman apabila melihat katil sentiasa bersih dan kemas.

Tahukah anda bahawa terdapat banyak manfaat apabila anda mengemas katil setiap hari.

Berikut merupakan beberapa manfaatnya:

1. Tidur menjadi lebih nyenyak

Mengemas katil setiap hari dapat memberi tidur yang lebih bersih suasananya. Berdasarkan tinjauan, hampir 44% mereka yang mengemas katil yang mendapat tidur yang lena manakala 37% adalah mereka yang tidak mengemas tempat tidur.

2. Katil bersih dan sihat

Apabila anda mengemas katil setiap hari, ia membantu anda menghindari dari segala habuk, kotoran di tilam, bantal dan selimut. Oleh itu, aktiviti seperti ini sangat digalakkan untuk memberi kesihatan yang lebih baik dan sempurna.

3. Berehat dengan lebih optimum

Untuk tidur lebih lena, anda harus berehat dengan lebih optimum iaitu jauhi dari segala peranti elektronik seperti telefon, televisyen dan komputer.

4. Peralatan tidur tahan lebih lama

Apabila peralatan tidur seperti bantal, selimut dan cadar dibersihkan setiap hari, ia akan mengekalkan ketahanan yang lebih lama apabila anda membersihkannya.

5. Menjadi teladan dan inspirasi

Tabiat mengemas katil boleh dijadikan inspirasi kepada semua supaya mereka mengambil berat tentang kebersihan katil dan persekitarannya.

Mari kita jadikan ia satu rutin harian. Semoga semuanya rajin-rajin mengemas.

Bantal Leyna untuk mereka yang nak tidur lena. Berminat untuk merasai kegebuan dan kemewahan Bantal Leyna

Berminat jana income 5 angka dengan FAMILY LEYNA

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *