5 PUNCA YANG MENYEBABKAN ANDA RASA GELISAH KETIKA TIDUR DI WAKTU MALAM

Setiap orang memerlukan masa untuk tidur di waktu malam setelah seharian penat bekerja. Walaubagaimanapun, terdapat segelintir orang yang menghadapi kesukaran tidur disebabkan kegelisahan semasa tidur. Sekaligus menyebabkan anda sukar mendapat tidur yang nyenyak dan kerap bangun pada waktu malam.

Jadi apakah sebab atau punca yang menyebabkan anda gelisah ketika tidur di waktu malam.

1. Banyak berfikir dan stress

  • Apabila anda terlalu memikir dan tertekan, ia membuatkan otak anda bekerja lebih keras sehingga membuatkan anda merasa resah ketika tidur.

2. Mengalami penyakit

  • Sekirannya anda mengalami penyakit yang tertentu, ia boleh menyebabkan anda sakit dan sekaligus membuatkan anda merasa gelisah. Ubatan yang diambil harus mengikuti sukatan yang tepat kerana ianya boleh menyebabkan kesan sampingan. Sebaiknya, berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan.

3. Mengalami perubahan hormon

  • Perubahan hormon boleh menyebabkan anda mengalami keresahan di waktu malam. Ini kerana peralihan menopaus ataupun dipanggil perimenopause. Ianya lebih dialami oleh kaum wanita.

4. Mengambil banyak karbohidrat

  • Bagi mengurangkan masalah karbohidrat yang berlebihan sebelum tidur, anda disarankan agar tidak makan terlalu banyak benda yang berkanji. Ini kerana ia akan membuatkan sistem penghadaman anda bekerja dengan lebih keras.

5. Menggunakan gadjet terlalu lama

  • Elakkan menggunakan gadjet sebelum tidur seperti laptop dan telefon. “Cahaya biru” yang di keluarkan oleh gadjet boleh menyekat pengeluaran hormon melatonin serta mengawal rasa mengantuk anda.

Bagi mengatasi masalah keresahan seperti di atas, anda hendaklah mengamalkan gaya hidup yang sihat dan sentiasa menjaga rutin harian tidur. Elakkan perkara-perkara seperti di atas agar tidur anda mendapat tidur yang sihat dan berkualiti.

Bantal Leyna untuk mereka yang nak tidur lena. Berminat untuk merasai kegebuan dan kemewahan Bantal Leyna

Berminat jana income 5 angka dengan FAMILY LEYNA

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *