Tidur adalah sangat penting kepada kita semua. Tidur yang cukup dapat membekalkan tenaga serta meningkatkan kesihatan tubuh badan pada tahap yang baik. Sekiranya anda mengabaikan waktu tidur, ianya akan mempengaruhi mood dan emosi anda. Terutama sekali kepada golongan isteri yang banyak melakukan kerja-kerja seperti bekerja dari luar, kerja -kerja di rumah dan menguruskan anak-anak.
Sebagai seorang suami, anda perlu melihat sama ada isteri anda mendapat tidur yang cukup atau tidak. Mari kita ikuti perkongsian dari Dr. Taufiq Razif tentang lima tanda-tanda isteri anda tidak mendapat tidur yang cukup.
- Apabila isteri anda kurang tidur, sistem imun dalam badan akan terjejas dan tahap kesembuhan menjadi lambat sekiranya dijangkiti kuman atau virus.
- Tahap ingatan anda menurun. Bukan itu sahaja, isteri anda hilang fokus dan kurang produktif untuk melakukan sesuatu perkara.
- Kekurangan tidur boleh menyebabkan berat badan naik. Ini kerana hormon di dalam badan iaitu hormon leptin dan ghrelin menjadi tidak terkawal untuk makan.
- Walaupun isteri anda terlebih tidur di siang hari, mereka akan kelihatan lesu dan asyik menguap.
- Isteri asyik marah-marah dan stress. Boleh jadi ini disebabkan kekurangan tidur. Jadi, sebagai pasangan, bagi ruang kepada isteri anda untuk berehat sebentar.

