Mungkin ramai dikalangan kita menghadapi masalah untuk tidur malam. Pelbagai cara telah digunakan. Menurut Pakar dari Puresentiel, Dr Nisa Aslam, ramai yang mengalami masalah sukar untuk tidur semenjak wabak covid-19 melanda negara kita.
“Bagi sebahagian besar individu, masalah kurang tidur, atau kualiti tidur yang buruk memberi kesan terhadap kesihatan dalam tempoh jangka masa panjang. Tidur bukanlah suatu kemewahan, ia adalah sesuatu perkara asas,” katanya.
Jadi, terdapat 7 langkah bernafas yang dikongsikan oleh Dr Nisa Aslam bagi membantu anda untuk tidur lebih lena, iaitu:
1. Baring dan luruskan kaki anda. Bukakan sedikit ruang kaki anda dan jari.
2. Letakkan tangan di sisi anda dan tapak tangan menghala ke atas.
3. Pejamkan mata anda.
4. Kemudian, tarik nafas dengan dalam dengan perlahan melalui hidung dan hembuskan melalui mulut.
5. Setelah itu, cuba letakkan sebelah tangan di perut dan sebelah lagi di dada. Lihat, tangan mana yang naik terlebih dahulu semasa anda menarik nafas.
6. Sekiranya tangan di dada anda naik dahulu, cuba isikan perut anda dengan udara agar ia sama-sama naik.
7. Akhir sekali, cuba tenangkan diri anda dan fokus kepada bunyi nafas anda.
Secara keseluruhannya, apabila anda mengamalkan teknik pernafasan ini, ia membantu anda mengawal tahap tekanan darah, jantung serta membantu melancarkan oksigen di dalam badan.

