Kekerapan terjaga di tengah malam boleh menyebabkan tidur anda terganggu. Malah, ia juga boleh menyebabkan badan anda kelihatan lemah dan penat apabila bangun keesokan paginya.
Jadi sudahkah anda siasat apakah punca yang menyebabkan anda tidur tak lena dan kerap berjaga malam?
1. Menonton televisyen atau Filem
- Ada di kalangan kita yang suka menonton filem atau televisyen di katil kerana ianya memberi lebih keselesaan ketika anda menontonnya. Namun, ianya adalah sesuatu yang tidak baik kerana boleh menyebabkan tidur anda terganggu disebabkan bunyi dan tidur tidak berkualiti.
2. Banyak berfikir serta tertekan
- Ada diantara kita yang banyak berfikir sebelum tidur dan tertekan menyebabkan mereka mengalami tidur yang tidak cukup. Ia boleh menyebabkan anda tidur tak lena dan kadang-kadang terjaga dari tidur.
3. Tidur terlalu lama
- Jangan tidur siang terlalu lama kerana ia boleh menyebabkan anda mengalami masalah tidur di waktu malam. Oleh itu, pastikan anda memantau waktu tidur anda.
4. Persekitaran yang bising
- Jika anda tinggal berdekatan dengan penduduk yang terlalu padat, berkemungkinan boleh menganggu tidur anda kerana kenderaan lalu lalang di tengah malam dan jiran tetangga yang bising di tengah malam.
5. Bekerja di atas katil
- Membuatkan kerja pejabat di atas katil adalah sesuatu cara yang tidak bagus kerana ia akan membuatkan anda tidur secara tiba-tiba dan terjaga dari tidur. Disebabkan itu, anda tidak mendapat tidur yang berkualiti dan selesa. Sebaiknya, elakkan.
Untuk mengelak tidur anda diganggu dan kerap terjaga, pastikan anda menetap waktu tidur yang betul dan tidur pada waktu yang konsisten. Elakkan perkara seperti di atas sebelum ianya menjadi lebih teruk.

