Apabila kita mengalami batuk-batuk ketika tidur, ia akan mengganggu tidur anda. Begitu juga kepada kanak-kanak. Mereka lebih mudah terjaga apabila sering batuk. Jadi, adakah terdapat posisi tidur yang betul ketika kanak-kanak batuk?
Untuk mengatasi masalah ini, terdapat beberapa cara untuk mengatasinya iaitu:
1. Tambah bantal

- Sebelum tidur, pastikan anda mendapat posisi tidur yang betul. Tambal bantal atau tinggikan bantal sekiranya anak anda asyik batuk. Apabila anak-anak tidur dengan bantal yang tinggi ia dapat membantu anak-anak bernafas dengan lebih mudah.
2. Beri minuman suam

- Apabila anak-anak batuk di waktu malam, anda boleh memberi mereka minuman suam. Ia dapat membantu melegakan tekak dan sistem pernafasan anak-anak.
3. Gunakan pelembab udara ketika tidur

- Selain itu, pelembap seperti air humidifier dapat melembabkan udara di dalam bilik tidur. Ia membantu anak-anak untuk bernafas dan berehat dengan lena.
Selain itu, terdapat beberapa perkara yang anda perlu lakukan untuk memberi keselesaan kepada kanak-kanak iaitu:
1. Pastikan ubat batuk diberi sebelum tidur

- Pastikan anak-anak di berikan ubat batuk sebelum tidur untuk memberi keselesaan kepada mereka.
2. Dapatkan posisi tidur yang betul ketika batuk

- Selepas anak diberikan ubat, pastikan anak mendapat posisi tidur yang betul iaitu baring secara terlentang dengan bantal yang tinggi. Ia memudahkan mereka bernafas ketika tidur.
3. Pastikan katil dan bantal selesa apabila baring

- Pastikan anak anda menggunakan bantal dan katil yang selesa ketika tidur. Ia dapat memberi lebih keselesaan apabila mereka berehat.
Oleh itu sangat penting untuk anda mementingkan keselesaan dan kebersihan apabila tidur. Ia memberi kesan kepada kesihatan kita.

