Setiap daripada kita mesti mengambil berat tentang tidur. Tidur adalah masa untuk badan dan minda kita untuk berehat. Apabila terdapat gangguan atau kekurangan tidur di waktu malam, ia boleh menyebabkan kesan buruk kepada kesihatan anda iaitu:
1. Terdedah kepada penyakit kanser
Penyakit kanser adalah salah satu risiko jika anda tidak mendapat tidur yang cukup seperti kanser payudara atau kanser prostat(bagi lelaki).
Ianya berlaku akibat gangguan terhadap “jam biologi tubuh anda” yang mengawal tidur yang berkemampuan menghadapi risiko kanser, yang terdapat dalam laman web John Hopkins Medicine.
2. Risiko keradangan dan penyakit jantung
Masalah kekurangan tidur boleh menyebabkan anda mengalami penyakit kardiovaskular. Selain itu, masalah keradangan juga boleh terjadi seperti selalu sakit, panas badan, kemerahan dan bengkak badan. Jadi untuk mengelakannya, pastikan anda mendapat tidur yang cukup
3. Hilang ingatan
Berdasarkan kajian dari Jurnal Persatuan Perubatan Amerika, masalah gangguan tidur boleh menyebabkan masalah kognitif kepada golongan dewasa.
Jadi, ianya dapat memberi kesan negatif terhadap ingatan sama ada dalam jangka pendek atau panjang.
4. Berat badan naik
Apabila anda mengalami masalah kurang tidur, ia dapat meningkatkan selera makan anda.
5. Kulit cepat berkedut dan kelihatan tua
Apabila seseorang itu mengalami kekurangan tidur, kulit mukanya akan kelihatan berkedut berbanding mereka yang mempunyai waktu tidur yang cukup.
6. Mempengaruhi mood dan kesihatan mental
Kekurangan tidur boleh menimbulkan tekanan kepada seseorang. Jadi, elakkan dari perkara ini kerana ia akan menyebabkan orang sekeliling juga terkesan terutama sekali keluarga anda.
Oleh itu, jangan biarkan masalah kekurangan tidur menganggu diri anda. Pastikan anda mengatur waktu tidur agar anda mendapat tidur yang cukup.
