Anak-anak adalah anugerah dari yang maha esa. Mendidik dan membesarkan mereka adalah tanggungjawab kita. Mereka yang mempunyai anak perlu banyak bersabar untuk menghadapi segala kerenah mereka, begitu juga ketika ingin tidurkan anak-anak.
Ada diantara anak-anak yang susah nak tidur yang mungkin ibu ayah boleh amalkan zikir ini sebelum tidur. Disini kita kongsikan zikir tidurkan anak yang ibu bapa boleh amalkannya.
1. La ilaha illallah
Zikir ini selalu kita amalkan di dalam solat. Zikir ini juga dapat dijadikan sebagai zikir untuk tidurkan anak. Zikir ini dapat memberi ketenangan dan membuatkan anak-anak terlena apabila mendengar zikir ini.
La ilaha illallah
La ilaha illallah
La ilaha illallah
Muhammadur Rasulullah
Ya zaljalali wal ikram
Ya zaljalali wal ikram
Ya zaljalali wal ikram
Amitna ‘ala dinil islam
(Ulang semula dari atas sehingga anak anda tidur)
Maksudnya:
“Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad S.A.W pesuruh Allah. Wahai Tuhan yang mempunyai Sifat keagungan dan sifat Pemurah, matikanlah kami dalam agama Islam”.
2. Zikir Munajat
Hasbi Rabbi Jallallah
Mafi Qalbi Ghairullah
Nur Muhammad sallallah
La ilaha illallah
Maksudnya:
Cukuplah Allah Yang Maha Agung sebagai Tuhanku, Tiada di dalam hatiku melainkan Allah dan nur(cahaya) Muhammad SAW. Tiada Tuhan melainkan Allah.
Di samping itu, ibu bapa juga boleh melakukan petua lain bagi memastikan anak anda tidur dengan nyenyak iaitu:
1. Susukan bayi anda sehingga kenyang
2. Selepas itu, sendawakan anak anda agar angin dalam badan dikeluarkan.
3. Dodoi anak anda seperti menepuknya sehingga terlelap.
4. Bedung bayi anda untuk mengelak dari terkejut.
5. Pastikan udara dan cahaya berada dalam keadaan baik.
6. Pastikan bayi anda memakai pakaian yang selesa dan tidak terlalu panas.
InsyaAllah dengan zikir ini anak-anak akan mudah tidur dan terhindar dari kesulitan.

