BANTAL SI PEMBUNUH SECARA SENYAP

Tahukah anda, “No Smoking Day” diadakan pada hari rabu pada minggu kedua dalam bulan Mac. Kempen tersebut diadakan bagi memberi kesedaran merokok dan memberi galakan dan dorongan kepada mereka yang merokok untuk segera berhenti merokok demi anak tersayang dan sebagai jaminan kesihatan yang lebih baik.

 

  Sememangnya, bau asap rokok sangat tidak menyenangkan. Apatah lagi jika ia terperangkap dalam ruang tertutup. Ia akan membuatkan kita terasa sukar untuk bernafas dan akan menimbulkan beberapa kesan pada penghidu asap rokok tersebut. Untuk pengetahuan semua, asap rokok sebenarnya mengandungi lebih 4000 bahan kimia yang membahayakan dan menjadi punca kanser paru-paru.

 

Kebanyakkan perokok suka menghisap rokok di kawasan yang relaks dan menenangkan. Asap rokok akan melekat dan terperangkap didalam bantal, langsir dan perabot anda. Dalam pada masa yang sama, si cilik anda terdedah kepada kawasan-kawasan ini. Peranan ibu bapa untuk memastikan kediaman rumah bersih adalah sangat penting. Beberapa tips untuk anda.

Buka Semua Tingkap 

  • Pastikan tingkap, pintu dan apa jua yang membenarkan aliran udara dibuka. Ia bertujuan untuk membebaskan bau-bau yang tidak menyenangkan dan menyerap udara segar ke dalam rumah.

Cuci Barang Yang Memerangkap Asap

 

  • Basuh semua yang berkemungkinan menyerap bau asap rokok supaya terhindar dari masalah kesihatan tanpa disedari. Jika anda mimiliki bantal Leyna, anda tidak perlu risau kerana bantal Leyna boleh dibasuh. Begitu juga dengan langsir, cadar, karpet dan sebagainya.

Cuka Dan Lilin Aroma

 

  • Cuka boleh membantu menghilangkan bau. Campuran air, cuka dan pewangi juga boleh menjadikan lantai berkilat dan berbau harum. Dengan fungsi yang sama, lilin aroma juga dapat menghilangkan bau dan menyegarkan kawasan didalam rumah. Jika sudah bersih semuanya, bolehlah nyalakan lilin yang beraroma terapi untuk memenangkan fikiran. Pilihan bau juga memainkan peranan untuk menjadikan mood anda lebih baik dan tenang. 
  • Manurut kajian yang dikongsikan  pubmed.ncbi.nlm.nih.goy, nikotin yang menjadi sumber racun itu boleh melekat pada rambut, pakaian dan kulit. Nikotin yang terkandung didalam asap rokok yang melekat pada perabot atau bantal juga boleh bertahan selama enam bulan meskipun sudah berhenti merokok. Bahayanya asap rokok itu kerana boleh melekat berhari-hari walaupun ruang tersebut dibersihkan atau dibiarkan kosong selama dua bulan.

Bantal Leyna untuk mereka yang nak tidur lena. Berminat untuk merasai kegebuan dan kemewahan Bantal Leyna

Berminat jana income 5 angka dengan FAMILY LEYNA

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *