Kebanyakkan wanita diluar sana mengalami senggugut dimana “cramp” atau kekejangan yang teruk dibawah perut semasa haid. Ia selalunya berlaku pada hari pertama dan kedua haid. Sakit yang teramat sehinggakan tidak mampu bangun atau berjalan untuk melakukan aktiviti harian. Antara simptom-simptom sebelum beralkunya haid ialah :
- Rasa sedih, marah, kecewa dan keinginan yang tinggi terhadap sesuatu.
- Berasa sebu dan sembab serta jerawat mula memunculkan diri.
Ia akan berlaku hanya sementara dan kesannya akan mulai berkurangan setelah beberapa hari didatangani haid. Kita sering kedengaran tips-tips mengurangkan rasa sakit seperti pengambilan ubat tahan sakit seperti Paracetamol dan penggunaan Heating Patch atau pelekat yang direka untuk melancarkan aliran darah dan menenangkan otot.
Tetapi selain daripada heating patch, ada tips yang kita sering ketinggalan. Tipsnya adalah posisi tidur yang baik untuk wanita yang mengalami ketidakselesaan semasa tidur. Kebanyaan wanita mengalami kesukaran tidur disebabkan otot yang menegang dan perubahan hormon estrogen dan progesterone.
Cara tidur yang selesa semasa haid ialah :
- Baring secara menelentang.
- Bantal sederhana tinggi di bahagian kepala.
- Tinggikan bahagian lutut dengan bantal.
Dengan cara ini, ia dapat mengurangkan tekanan pada perut dan belakang badan.

