PERKARA YANG PERLU DIELAKKAN SEBELUM TIDUR

Setelah seharian kepenatan bekerja, pastinya kita perlukan rehat yang mencukupi. Rehat yang cukup dan berkualiti sangat penting untuk kecerdasan dan kecergasan otak kita. Tidur adalah salah satu elemen penting dalam kehidupan manusia. Unutk memastikan kita mendapatkan tidur yang berkualiti, ada beberapa perkara yang perlu dielakkan sebelum tidur.

Antaranya adalah :

  • MEMAKSA DIRI UNTUK TIDUR

Ramai diantara kita yang menghadapi rutin harian yang sangat mencabar dan membuatkan badan berasa sangat letih. Akan tetapi, jangan sesekali memaksa diri untuk melelapkan mata. Sebaiknya, anda boleh melakukan aktiviti yang mampu membuat diri anda mengantuk seperti membaca buku atau mendengar muzik yang menenangkan.

  • BERSENAM

Bagi menyuntik semangat motivasi untuk memulakan hari yang baru, bersenam merupakan aktiviti yang bagus. Namun, sebaliknya tidak bagus untuk dilakukan sebelum tidur. Hal ini kerana bersenam dapat meningkatkan suhu badan ketika melakukan senaman kardiovaskular sekaligus badan anda menjadi aktif. Bagi penggemar senaman, anda boleh bertukar ke aktiviti regangan atau yoga.

  • PENGAMBILAN KAFEIN BEBERAPA JAM SEBELUM TIDUR

Dalam kehidupan seharian, kafein banyak digunakan dalam pemakanan kita seperti kopi, coklat dan sebagainya. Sesetengah orang menikmati minuman kegemaran yang berkafein seperti kopi sebelum tidur. Menurut Dr. Michael Grandner, Pengarah Sleep and Health Research Program, secawan kopi mengandungi 80 hingga 120 miligram kafein. Ia akan mengganggu waktu tidur anda dan tidak berkualiti.

  • PENGAMBILAN MAKANAN YANG PEDAS ATAU BERLEMAK

Sambil tengok Kdrama tengah malam, makan ramen atau sesuatu yang pedas dan berlemak? Jangan! Makanan seperti ini boleh membuatkan perut anda tidak selesa dan meningkatkan kekerapan untuk berkunjung ke tandas. Menurut Dr. Grandner lagi, waktu terbaik atau ideal untuk makan malam adalah pada 2 jam atau kurang sebelum tidur atau lewat petang. Pencernaan makanan mengambil masa 1 hingga 3 jam. Segelas susu adalah makanan yang dapat membantu untuk tidur dengan tenang.

–> BANTAL LEYNA juga dapat membantu anda untuk tidur lena dan selesa. Bantal yang boleh dilaraskan mengikut keselesaan dan boleh dibasuh untuk menjaga kesihatan wajah dan badan anda.

Bantal Leyna untuk mereka yang nak tidur lena. Berminat untuk merasai kegebuan dan kemewahan Bantal Leyna

Berminat jana income 5 angka dengan FAMILY LEYNA

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *