Apabila kita mengalami sakit seperti demam, selesema, batuk dan lain-lain mesti ia menganggu rutin harian kita. Emosi dan persekitaran kita akan terjejas.
Apabila difikirkan balik, adakah disebabkan kita alpa tentang kebersihan dari segi makanan, rumah, dan penjagaan harian kita? Tanpa kita sedari mungkin terdapat bakteria di sekeliling kita.
Mari kita mengenali barang-barang yang perlu ditukar ganti agar terhindar dari jangkitan kuman atau bakteria.
1. Berus gigi
– Pakar pergigian berpendapat, kita harus menukar berus gigi setiap 3 bulan
– Bulu berus yang lama membahayakan gigi dan gusi
– Selain itu, berus gigi terdedah dengan persekitaran tandas dan bakteria udara dari lubang mangkuk tandas.
2. Tuala
– Tukar tuala baru atau basuh selepas 3-4 hari anda menggunakannya.
– Jika anda jarang menukar tuala, tahniah anda telah berjaya menghasilkan jangkitan kuman pada kulit.
3. Cadar, Selimut dan Bantal
– Elakkan terus baring di tilam semasa anda dalam keadaan tidak bersih
– Tukar cadar, selimut dan bantal setiap seminggu atau dua minggu.
– Masalah jerawat mungkin berpunca dari bantal tidur yang anda guna. Oleh itu, kerapkan cuci bantal jika anda menghadapi masalah jerawat.
– Masalah bau badan mungkin juga datang dari cadar dan selimut kerana apabila anda dalam keadaan berpeluh mungkin anda terus baring di tilam tanpa membersihkan badan dahulu.
4. Langsir dan Karpet
– Ada diantara kita hanya menukar karpet dan langsir setahun sekali. Macam sambut raya pulak. Hehe. Apatah lagi nak suruh basuh.
– Jika anda masih berdegil ,akibatnya anda sedang menyedut udara yang tidak sihat disebabkan bakteria yang terkumpul di situ.
– Please, tukar langsir dan karpet anda sekurang-kurangnya 6 bulan sekali. Jagalah kesihatan orang yang anda sayangi.
5. Kipas
– kalau ada diantara keluarga anda yang selalu bersin, selesema dan gatal kulit, ia adalah disebabkan kipas.
– jika kipas anda dalam keadaan terlalu berat untuk pusing dan berhabuk, sahlah ia berpunca darinya.
– gunakan tenaga anda untuk membasuh kipas. Kalau masih malas, gunakan tisu untuk mengelapnya.
Akhir kata, marilah kita membersihkan persekitaran yang kita diami. Jangan biarkan jangkitan kuman merebak ke badan kita. Jauhkan kemalasan dan tanamkan kerajinan dalam diri kita.

