8 TIPS UNTUK TIDUR JAM 9 MALAM SETIAP HARI

Tidur yang cukup dan berkualiti adalah sangat penting kepada tubuh kita. Ada di kalangan kita mengalami masalah tidur pada waktu malam. Apabila tidur tidak cukup ia menyebabkan rutin harian anda terjejas. Sekaligus, menyebabkan badan merasa letih dan tidak bermaya. 

Malah, pola tidur yang berubah-ubah menyebabkan kesihatan anda terjejas. Oleh itu, tidur awal merupakan salah satu cara untuk mendapatkan waktu tidur yang berkualiti.  

Berikut merupakan langkah atau tips untuk kekal mendapatkan tidur pada pukul 9 malam setiap hari. 

1. Berehat

  • Tetapkan minda dan badan anda dalam keadaan yang tenang dan elakkan berfikir sebelum anda tidur. 
  • Anda akan mudah tertidur jika amalkan petua ini. 

2. Berhenti Bermain Gadget

  • Berhenti bermain telefon atau peralatan gadget sebelum tidur. 
  • Ini untuk mengelakkan tidur anda terganggu. 

3. Tutup Televisyen

  • Tutup tv apabila tiada perkara yang anda perlu tonton. 
  • Elak dari menonton tv sehingga larut malam. 
  • Dapat menjimatkan tenaga elektrik

4. Kemas Tempat Tidur

  • Sebelum tidur pastikan keadaan tilam, bantal, selimut anda dalam keadaan bersih dan terhindar dari kuman.  
  • Pastikan pengudaraan bilik tidur dalam keadaan yang selesa.

5. Tutup Lampu

  • Semasa tidur, pastikan lampu di tutup agar tidur anda tidak terganggu. 
  • Pastikan langsir ditutup agar tiada pencahayaan lampu dari luar yang menganggu anda.

6. Penutup mata

  • Jika mata anda masih belum tertutup, anda boleh menggunakan penutup mata supaya otak dapat menghantar mesej ke badan dan minda untuk beristirehat.

7. Tidur Pada Jam Yang Sama Setiap Hari

  • Disiplinkan waktu tidur anda. 
  • Caranya, bangun dan tidur pada waktu yang sama setiap hari. 
  • Sekaligus, membuatkan tubuh anda sudah terbiasa bangun dan tidur pada jam yang sama setiap hari. 

8. Elak Dari Tidur Petang

  • Ada dikalangan kita yang sukar untuk tidur malam kerana mereka sering tidur waktu petang. 
  • Apabila anda tidur petang, malam anda menjadi cergas dan sukar tidur awal.  

Jadi, elakkan dari tidur petang.

Begitulah tips yang berguna kepada mereka yang memerlukan masa istirehat yang cukup. Pastikan anda menyusun waktu tidur anda dengan betul dan pastikan segala urusan anda diselesaikan lebih awal. 

Bantal Leyna untuk mereka yang nak tidur lena. Berminat untuk merasai kegebuan dan kemewahan Bantal Leyna

Berminat jana income 5 angka dengan FAMILY LEYNA​

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *