Sakit kepala semasa bangun tidur bergantung kepada keadaan tidur seseorang. Walaupun perkara ini tidak merbahaya tetapi ia menjejaskan rutin harian anda. Seseorang yang mengalaminya mungkin merasa sakit yang teruk dan ada yang merasa sakit yang tidak teruk.
Berikut adalah punca sakit kepala semasa bangun pagi dan cara untuk mengatasinya yang harus kita ketahui.
1. Sleep Apnea dan Dehidrasi
✓ Sleep Apnea
- penyebab sakit kepala adalah kesukaran bernafas semasa tidur
- ini menyebabkan oksigen dalam otak berkurangan sehingga menyebabkan pesakit mengalami sakit kepala semasa bangun tidur.
- simptom sleep apnea adalah seperti berdengkur, sukar bernafas ketika tidur, keletihan semasa bangun, terjaga semasa tidur.
✓Dehidrasi
- Dehidrasi akan menyebabkan badan merasa lemah, pening dan kehausan.
- Dehidrasi terjadi apabila tidur dalam keadaan suhu yang panas (hipertermia), kurang minum air putih atau banyak minum kopi, teh dan minuman alkohol.
2. Insomnia dan Migrain
✓ Insomnia
- kekurangan tidur boleh menyebabkan sakit kepala semasa bangun tidur.
- hal ini dapat meningkatkan hormon stress (kortisol dan adrenalin) yang menyebabkan tekanan darah tinggi naik dan degupan jantung.
- selain itu, kekurangan tidur juga menyebabkan hormon tiroid meningkat sekaligus mengganggu aliran darah yang keluar dari jantung.
- maka,otot jantung terpaksa bekerja keras berbanding biasa.
- keseluruhannya, ia menyebabkan pagi anda tidak bagus disebabkan sakit kepala yang anda alami.
✓ Migrain
- migrain ialah sakit kepala yang dimulai dengan sebelah sisi dan kemudian sakit kedua-dua sisi.
- migrain yang teruk sampai berdenyut adalah disebabkan cahaya matahari yang terik, matahari pagi atau lampu.
- cuaca juga memainkan peranan yang penting kerana cuaca dari sejuk ke panas boleh menyebabkan masalah migrain.
- malah masalah hidung tersumbat atau selesema penyebab kepada masalah migrain.
3. Menggertakkan gigi (bruxism) dan stress
✓ Menggertakkan gigi (bruxism)
- menggertak gigi semasa tidur merupakan penyebab masalah sakit kepala.
- ini kerana, tabiat tersebut menyebabkan tidur anda terganggu dan sakit kepala apabila bangun tidur.
✓ Stress
- apabila anda mengalami stress, tidur adalah saat untuk anda melepaskannya.
- tetapi dengan tidur ianya tidak dapat menyelesaikan masalah anda.
- malah ia menambahkan lagi masalah sakit kepala kepada anda.
Dibawah ialah cara untuk mengatasi masalah sakit kepala semasa bangun tidur.
1. Menjaga kualiti tidur ✓
– sakit kepala boleh dicegah dengan mengamalkan pola tidur atau kualiti tidur yang lebih kondusif dengan tutup gadget sebelum tidur, minum air putih dan gunakan humidifier.
– pastikan posisi tidur anda berada dalam keadaan yang selesa.
– dapatkan tidur yang cukup, 7-8 jam sehari.
2. Tenangkan diri sebelum tidur ✓
– relaks atau tenangkan diri anda sebelum tidur dengan melakukan senaman yoga atau meditasi.
– tidur anda akan nyenyak dan terhindar dari sakit kepala semasa bangun.
3. Elakkan pengambilan kafein yang berlebihan ✓
– minum kafein sebelum tidur menyebabkan anda sukar tidur.
– elakkan mengambil makanan yang berat dan minuman kafein sebelum tidur supaya tidur anda tak terganggu semasa bangun.
Justeru, pastikan anda sentiasa mengamalkan gaya tidur yang sihat dan terhindar dari sakit kepala yang berterusan. Jika sakit kepala semasa bangun pagi semakin kerap, berjumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut

