HUKUM TIDUR KETIKA SOLAT

Solat adalah satu kewajipan untuk umat Islam dan ianya adalah tiang agama yg perlu dijaga oleh setiap Muslim. Apabila kita ingin menunaikan solat, pasti kita perlu berada dalam keadaan bertenaga dan bersedia untuk solat. Tetapi sebagai manusia yang lemah, kadang-kala kita akan merasa letih menjalani kehidupan harian. Kadang- kala mengantuk juga datang apabila kita hendak menunaikan solat terutamanya solat subuh dan solat zuhur, lebih-lebih lagi solat berjemaah.

1. Sekirannya anda tidur dalam keadaan duduk iaitu punggung tetap berada di atas lantai, solatnya tidak terbatal.

2. Sekirannya anda tidur dalam keadaan berdiri sama ada sedang rukuk atau sujud, maka batallah solat tersebut.

📌 Menurut Imam an-Nawawi, dalam kitabnya “al-Majmuk”, Jika seseorang tidur di dalam solatnya pada ketika sedang duduk iaitu punggungnya tetap di atas lantai, tidak batal solatnya tanpa khilaf (di kalangan ulamak mazhab Syafiie). Jika ia tidur bukan ketika duduk (yakni ketika berdiri, rukuk atau sujud), terdapat khilaf. Mengikut pandangan yang lemah; tidak batal solat dan wuduknya. Namun mengikut pandangan yang menjadi pegangan mazhab (Syafiie); batal solat dan juga wuduknya” (al-Majmu’, 2/16. Dinaqalkan secara mafhum).

Sekiranya, ada diantara kalian yang tidur dalam solatnya dan bercakap (dengan percakapan yang bukan solat), maka batallah solatnya. Berkata Imam al-Walwaliji dalam fatwanya; “Orang yang menunaikan solat jika ia tertidur dan bercakap ketika sedang tidur itu, batallah solatnya” (Dinaqal oleh Imam Ibnu Nujaim dalam kitabnya al-Asybah wa an-Nazair, 1/276)

Apakah perbezaan di antara mengantuk(terlelap) dengan tidur?

Berikut merupakan penjelasan daripada ulama:

1. Sewaktu kita tidur, akal dan minda perlukan rehat. Ini bermakna, tenaga deria atau akal memerlukan masa untuk menjana tenaga. Jadi apabila rasa mengantuk itu datang kita perlukan tidur yang cukup agar rutin harian kita lancar.

2. Berkata al-Qadhi Husain dan Imam al-Mutawallai; antara tanda-tanda tidur ialah hati kita tidak sedar dan sendi-sendi badan akan lemah longlai.

📎 Jelaslah disini bahawa tidur dengan terlelap adalah dua perkara yang berbeza. Solatlah dengan penuh khusyuk untuk mendapat keberkatan solat ketika berhadapan dengan Allah dan dapatkan tidur secukupnya sebelum menunaikan tanggungjawabnya.

Bantal Leyna untuk mereka yang nak tidur lena. Berminat untuk merasai kegebuan dan kemewahan Bantal Leyna

Berminat jana income 5 angka dengan FAMILY LEYNA

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *