fbpx

KEBURUKAN TIDUR DI DALAM KERETA

Tidur di dalam kereta dengan enjin kereta tidak dimatikan dan air-cond terpasang adalah sangat berbahaya kepada diri anda. Banyak kes kematian yang berlaku akibat tidur di dalam kereta.

Adakah anda masih teringat kisah mengenai 3 wanita dan seorang lagi rakan yang kritikal akibat keracunan karbon monoksida (CO) selepas mereka tertidur di dalam kereta di kawasan parking sebuah stesyen minyak di Sama Gagah, Butterworth.

Kematian mereka berpunca akibat daripada keracunan karbon monoksida (CO). Disebabkan itu, kita tidak digalakkan untuk tidur di dalam kereta sama ada enjin dihidupkan atau di matikan.

Berikut merupakan beberapa sebab utama enjin kereta perlu dimatikan jika anda tidur.

  1. Ekzos bocor

Gas karbon monoksida adalah sejenis gas yang bahaya kepada kesihatan. Pembakaran bahan api daripada enjin kenderaan akan menghasilkan gas beracun seperti gas karbon monoksida, hidrokarbon dan nitrogen oksida mampu menyebabkan kematian kepada seseorang.

 

Jika terdapat kebocoran gas, ia akan melepaskan gas karbon monoksida atau gas beracun dan masuk ke dalam kereta melalui lubang kenderaan sama ada pintu atau tingkap yang terbuka.

  1. Gas ini boleh membawa maut

Gas ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar sama ada bau atau warna. Malah, amat sukar untuk kita ketahui “kehadirannya”. Ianya akan terus melalui saluran pernafasan dan seterusnya ke salur darah. Seterusnya, gas tersebut akan bercampur dengan hemoglobin (bahagian sel darah merah yang membawa oksigen) maka terjadilah carboxyhaemoglobin.

Apa yang berlaku, darah tidak lagi mampu membawa oksigen serta kekurangan oksigen menyebabkan sel dan tisu badan mati.

 

Berdasarkan laman Facebook Public Health Malaysia, keracunan karbon monoksida (CO) ini tidak memerlukan kuantiti yang banyak. Walaupun dengan kadar yang sedikit ia memadai untuk menyebabkan kita pengsan atau tidak sedarkan diri. Malah, pencemaran karbon monoksida (CO) dari luar juga akan memberi kesan kepada kita.

 

Melainkan anda berhenti dan tidak tidur ketika berada di dalam kereta. Ia dapat dikesan dengan tanda seperti rasa tidak selesa, sakit dada, sakit kepala, loya dan lain-lain.

  1. Pengaliran oksigen di dalam kereta

Aliran oksigen sangat penting semasa kita berada di dalam kereta. Lebih-lebih lagi semasa berhenti. Jika dilihat balik, jika tiada kebocoran gas sekalipun, gas-gas tersebut tidak dapat bergerak dengan sepenuhnya akibat tiada pergerakan kenderaan.

  1. Boleh menjejaskan kesihatan

Jangan biarkan enjin kereta dipasang terlalu lama kerana asap ekzos yang mengandungi gas karbon monoksida (CO) boleh menyebabkan keracunan kepada kanak-kanak.

Malah, gas ini juga boleh menjejaskan faktor kesihatan seperti lelah, penyakit jantung dan kanser.

Berikut adalah tips – tips untuk mengelakkan dari keracunan gas karbon monoksida.

💡 Jangan panaskan enjin kereta di kawasan yang tertutup akan mengakibatkan asap ekzos dan karbon monoksida (CO) memenuhi kawasan tersebut sekaligus menyebabkan keracunan gas.

💡 Elakkan tidur di dalam kereta semasa enjin hidup dan air-cond terpasang. Nak tidur juga, matikan enjin kereta dan buka tingkap.

💡 Pastikan sistem ekzos anda diperiksa dengan baik. Jika ekzos anda didapati mengeluarkan bunyi yang kuat dan asap yang teruk, itu adalah tanda ekzos anda bocor.

💡 Jika indikator ‘check engine’ anda menyala, mungkin ada masalah sistem pembakaran enjin dan gas ekzos. Jangan berlengah, terus ke pusat servis kereta untuk diperiksa.

Jadi, elakkan tidur di dalam kereta kerana banyak keburukannya sehingga boleh membawa kepada maut. Jika betul-betul terlalu penat, matikan enjin sebelum tidur dan parking kereta anda di tempat yang selamat. Jangan lupa buka tingkap sedikit.

Bantal Leyna untuk mereka yang nak tidur lena. Berminat untuk merasai kegebuan dan kemewahan Bantal Leyna

Berminat jana income 5 angka dengan FAMILY LEYNA

Jom Kenali Flenaz Synergy