5 BAHAYA TIDUR LEWAT!

💡 Tidur lewat malam bukan sahaja menjadikan tidur pagi kita tidak optimum malah ia memberi kesan kepada kesihatan kita. Mereka yang suka berjaga malam sehingga lewat malam boleh menjejaskan kesihatan anda seperti diabetes dan sakit jantung. 💡

💡 Jika anda sering tidur lewat malam ia akan mempengaruhi mood anda dan menyebabkan tekanan. Jadi, tidur malam yang berkualiti membantu anda meningkatkan kesegaran badan, ketajaman mental dan membantu mengawal emosi. 💡

Terdapat beberapa perkara yang harus anda ketahui tentang bahayanya tidur lewat.

  1. Cepat sakit

📌 Kekurangan tidur boleh menyebabkan badan anda tidak kuat untuk melawan penyakit dan mudah diserang penyakit.

  1. Risiko menghidapi penyakit kanser

📌 Jika anda seorang yang suka berjaga sehingga larut malam, ia boleh membawa kepada penyakit kanser iaitu kanser payudara dan prostat.

  1. Cepat lupa

📌 Awas! Jika anda kurang tidur, anda mungkin menghadapi masalah cepat lupa. Tidur sangat penting untuk memberi rehat kepada otak dan menyerap segala perkara yang kita pelajari untuk disimpan dalam ingatan.

  1. Penambahan berat badan

📌 Kekurangan tidur boleh menaikkan berat badan anda. Semakin lama anda tidur lewat, semakin menjadi-jadi badan anda untuk gemuk. Pastikan anda tidur 7-8 jam sehari untuk mendapatkan bentuk badan yang sihat.

  1. Mengalami kulit kendur

📌 Masalah kulit kendur di muka akan jelas apabila anda sering tidur lewat. Ia akan menimbulkan kulit tidak rata, kedutan dan warna tidak sekata. Jadi untuk mendapatkan kulit yang cantik, sentiasalah menjaga waktu tidur anda untuk mendapat tidur yang cukup.

Berikut merupakan beberapa tips untuk mendapat corak tidur yang ideal:

  1. Pastikan anda tidur 7-8 jam sehari untuk mendapat tidur yang cukup
  1. Dapatkan cahaya pagi kerana ia membantu meningkatkan hormon melatonin untuk mendapat tidur yang lena.
  1. Jauhi penggunaan elektronik sebelum tidur. Sama juga menonton tv dan komputer.
  1. Jangan makan dan minum air terlalu banyak diwaktu malam. Akibatnya, perut anda terlampau kenyang dan anda mungkin terjaga ke tandas disebabkan minum air yang terlalu banyak.

Pastikan anda menjaga waktu tidur dan elakkan dari terjaga hingga ke lewat malam. Ianya tidak sesuai dan menjejaskan kesihatan anda.

Bantal Leyna untuk mereka yang nak tidur lena. Berminat untuk merasai kegebuan dan kemewahan Bantal Leyna

Berminat jana income 5 angka dengan FAMILY LEYNA

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *