5 LANGKAH CEGAH KEJANG OTOT SEMASA TIDUR

🔔 Kekejangan otot berlaku apabila pengecutan otot berlaku secara tiba-tiba tanpa ada cara untuk meredakannya. Ia akan mengakibatkan kesakitan dan otot terasa ketat disebabkan kekejangan. Selalunya kekejangan otot ini sering berlaku di bahagian tangan, lengan, tapak kaki, abdomen dan di bahagian tulang rusuk.

🔔 Kekejangan otot bukan sahaja berlaku semasa anda aktif malah semasa anda berehat atau tidur juga boleh berlaku. Jadi, apakah faktor yang menyebabkan seseorang itu mengalami masalah kekejangan otot sewaktu tidur malam?

  1. Bekalan darah yang tidak mencukupi

Darah yang tidak cukup boleh menyebabkan kekejangan otot. Apabila saluran darah yang membawa darah ke kaki tersekat, anda akan mengalami kesakitan yang menyerupai kekejangan.

  1. Kekurangan mineral, haba dan dehidrasi

Apabila anda melakukan aktiviti dalam cuaca yang panas, kekejangan otot boleh berlaku. Ini kerana apabila kita melakukan aktiviti, badan kita cepat berpeluh. Peluh kita mengandungi garam dan mineral seperti kalium, kalsium dan magnesium. Apabila badan kita kekurangan nutrien dan mineral, maka kekejangan otot boleh berlaku.

  1. Aktiviti fizikal berlebihan

Bersenam perlu dilakukan untuk kecergasan minda dan badan. Tetapi apabila ia dilakukan secara berlebihan akan menyebabkan kekejangan otot akibat daripada aktiviti yang dilakukan disiang hari. Pastikan anda menghadkan aktiviti mengikut kemampuan diri anda.

  1. Posisi tidur yang salah

Kekejangan otot boleh berlaku apabila anda tidur dalam posisi yang salah. Contohnya, anda tidur posisi meniarap dengan lama akan mengakibatkan kaki anda kekejangan. Oleh itu, cuba tidur dalam posisi yang lain untuk mendapat tidur yang selesa.

  1. Kasut tumit tinggi

Golongan wanita yang sering memakai kasut tumit tinggi dalam masa yang lama akan menyebabkan kaki anda mengalami kekejangan otot. Oleh itu, kurangkan penggunaan kasut tumit tinggi. Kaki pun nak rehat juga.

Cara Pencegahannya?

🔔 Bagi mengelak masalah ini berulang lagi, anda perlu meningkatkan kecergasan diri dengan melakukan senaman regangan sebelum dan selepas melakukan aktiviti fizikal terutamanya kepada mereka yang mengalami kekejangan otot.

🔔 Begitulah keadaan yang boleh menyebabkan seseorang itu mengalami masalah kekejangan otot. Jadi, elakkan dari terjadinya perkara ini kepada diri anda dan dapatkan rehat yang secukupnya semasa tidur.

Bantal Leyna untuk mereka yang nak tidur lena. Berminat untuk merasai kegebuan dan kemewahan Bantal Leyna

Berminat jana income 5 angka dengan FAMILY LEYNA

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *