SUKAN RENANG UNTUK TIDUR LENA ANDA

🏊 Berenang adalah aktiviti yang sihat kepada kesihatan dan mental kita. Berenang juga membantu menguatkan otot tubuh badan dan mengatasi masalah tidur. Aktiviti berenang ini boleh dilakukan di waktu pagi,petang dan malam. Antara fakta mengenai berenang di waktu malam ialah:

  1. Mengatasi masalah tidur

Berenang di waktu malam adalah sangat bagus kerana ia membantu mereka yang mengalami masalah tidur. Otot badan digunakan semasa berenang. Jadi apabila aktiviti berenang tamat, badan akan merasa penat dan mudah untuk tidur. Ia juga dapat membantu kepada mereka yang mengalami masalah Insomnia.

Selain itu, membantu memperbaiki corak tidur bayi juga boleh dilakukan dengan aktiviti berenang. Selalunya lepas berenang bayi mesti keletihan dan akan tidur. Jadi, kepada mereka yang mempunyai masalah bayi susah nak tidur, anda boleh amalkan aktiviti ini.

  1. Senaman yang boleh dilakukan setiap hari

Bersenam selepas bekerja amat susah untuk dilakukan kerana kepenatan bekerja. Namun, adakah anda tahu kebaikan senaman berenang di waktu malam? Manfaatnya, badan kita akan mengeluarkan hormon Endorfin sehingga dapat mengurangkan tekanan di dalam badan. Kesannya, anda akan rasa tenang dan lega. Malah, berenang juga dapat mengurangkan penyakit kardiovaskular kepada mereka yang mengalaminya. Jadi rajin-rajinlah berenang.

  1. Membakar karbohidrat sebelum tidur

Badan manusia memerlukan sumber tenaga utama yang mengandungi karbohidrat. Beras merupakan makanan asasi kepada manusia. Beras juga mengandungi karbohidrat yang tinggi. Ada segelintir yang mengelak makan makanan yang berkarbohidrat sebelum tidur. Ini kerana, jika karbohidrat itu tidak dibakar ia akan menyebabkan lemak kepada tubuh badan dan akan menyebabkan berat badan naik.

Namun, aktiviti berenang ini memudahkan anda membakar karbohidrat di dalam badan. Jadi, berenang di waktu malam dapat melegakan tekanan dan membakar lebihan karbohidrat sebelum anda tidur.

Jadi kepada anda yang mengalami masalah susah nak tidur, anda boleh cuba senaman berenang ini kerana banyak manfaatnya. Jom mulakan gaya hidup yang sihat dengan berenang.

Bantal Leyna untuk mereka yang nak tidur lena. Berminat untuk merasai kegebuan dan kemewahan Bantal Leyna

Berminat jana income 5 angka dengan FAMILY LEYNA

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *