Anak-anak yang tidur bersama dengan ibu bapa rasa selamat dan selesa. Tetapi anak-anak perlu berdikari untuk tidur sendirian. Ibu bapa juga memerlukan waktu privasi untuk tidur bersama. Jadi, sebagai ibu bapa anda digalakkan untuk mengasingkan bilik tidur anak dengan anda seawal mungkin.
Bilakah usia yang sesuai untuk asingkan tidur anak dengan anda?
Seeloknya seawal ketika anak berusia 2 tahun ke 5 tahun. Tetapi lagi awal lagi bagus. Ini kerana, apabila anda sudah melatih anak-anak tidur secara sendirian dengan awal, amat mudah bagi mereka untuk tidur sendirian dengan berani. Jadi bagaimanakah cara untuk mengasingkan anak-anak?
- Membuat peralihan ke tempat tidur mereka
- Apabila anak-anak dah terbiasa tidur dengan anda, mungkin agak susah untuk tidur sendirian. Jadi, ibu bapa perlu tidurkan anak-anak ke bilik tidur mereka sama ada siang atau malam untuk membiasakan mereka. Untuk pertama kali, anda boleh menemani anak anda sehingga mereka tertidur. Dengan cara ini anak anda akan mudah tidur sendirian apabila disuruh.
- Mewujudkan suasana bilik yang tenang dan selesa
- Mewujudkan suasana bilik yang selesa amat penting kepada anak anda. Caranya anda boleh menghiaskan bilik mereka dengan menggunakan cat yang sesuai atau pelekat dinding. Letakkan barang mainan, buku-buku yang menarik serta lampu tidur yang comel untuk mendapatkan suasana yang tenang.
- Elak dari sebarang gangguan
- Semasa anak anda masuk tidur, pastikan suasana bilik senyap dan tidak bising seperti memasang tv, bermain telefon atau bunyi bising dari luar. Berkemungkinan juga, apabila anak anda terjaga, mereka akan ke bilik anda. Sekiranya berlaku, anda perlu membawa anak anda ke bilik mereka dan tidurkan mereka semula.
- Memberi dorongan kepada anak anda
- Walaupun mereka masih lagi belajar cara untuk tidur sendirian, sebagai ibubapa kita perlu sentiasa menyokong dan memberi penghargaan kepada mereka melalui ucapan, hadiah, ciuman, pujian atau membuat makanan kegemaran mereka. Dengan ini, mereka akan merasa dihargai dan lebih terdorong untuk tidur sendirian.
Jadi, latihlah anak anda secara perlahan-lahan untuk membiarkan mereka bersikap berdikari untuk membuat apa jua perkara

