Tidur adalah sangat penting untuk kita merehatkan badan dan minda kita. Selain dari tidur, badan kita juga memerlukan tenaga untuk melakukan kerja harian. Apabila penat seharian bekerja, malam adalah waktu untuk anda berehat. Jadi, tidur yang cukup amat penting kerana ia dapat memberi kesegaran kepada kita. Oleh itu, terdapat beberapa kebaikan tidur yang dapat memulihkan kesihatan kita.
- Penumbuhan dan pemulihan tisu
Pembuluh darah akan diperbaiki dengan penjanaan semula tisu ketika tidur, dimana otak kita akan menghasilkan hormon dan menggalakkan pertumbuhan itu. Hasil daripada hormon tersebut ia mewujudkan lebih banyak sel darah putih dan lebih banyak darah untuk melawan virus dan bakteria. Jadi, untuk melindungi badan dari jangkitan kuman dan penyakit, tidur amat penting untuk membantu sistem ketahanan badan kita.
- Ingatan dan tumpuan
Ketika kita tidur, segala kemahiran dan maklumat yang kita pelajari akan disimpan di dalam otak. Proses ini dinamakan ‘pengumpulan ingatan”. Malah tidur juga membantu otak kita untuk berfikir secara produktif dan dapat menyelesaikan masalah dengan cepat
- Kesihatan tulang
Kesihatan tulang amat penting dalam tubuh badan kita. Jadi, semasa tidur tulang kita akan diperbaharui dengan tisu tulang yang lama kepada yang baru. Malah, ia juga dapat membentuk semula tulang yang lemah kesan dari kerosakan mikro daripada aktiviti yang kita lakukan.
- Jantung lebih sihat
Tidur yang cukup mampu mengurangkan masalah jantung. Ini kerana ketika waktu malam, tekanan darah dan kadar degupan jantung akan menurun. Sebaliknya jika seseorang menghadapi masalah kurang tidur atau terlebih tidur berisiko menghidapi penyakit Hiperlipidemia. Penyakit ini boleh menyebabkan kolesterol anda naik dan boleh terjadinya penyakit seperti sakit jantung dan strok.
- Berat badan yang sihat
Masalah kurang tidur akan menyebabkan anda kehilangan keseimbangan badan dan menganggu hormon ghrelin dan leptin. Hormon ini secara tidak langsung boleh menyebabkan berat badan anda naik disebabkan pengambilan kalori yang berlebihan. Menurut American Journal of Clinical Nutrition, menyatakan bahawa mereka yang makan kurang 300 kalori sehari mendapat tidur yang cukup berbanding dengan orang yang tidak cukup tidur. Jadi, pastikan anda mengawal pengambilan makanan agar berat badan anda terkawal dan ikut waktu tidur yang betul.
- Mengawal emosi
Jika anda mengalami masalah kurang tidur ia boleh menyebabkan emosi anda terganggu dan menimbulkan tekanan. Oleh itu, jadualkan waktu tidur anda 7-9 jam agar anda mendapat tidur yang cukup
Apa yang akan terjadi jika anda tidak mendapat tidur yang cukup?
Antara kesan-kesannya ialah:
- letih yang berpanjangan
- sakit kepala semasa waktu pagi
- kurang fokus dan ingatan lemah
- menghadapi masalah dalam hubungan
- menghadapi masalah penyakit kronik seperti sakit jantung dan obesiti
- kemurungan
- terdedah dengan risiko dadah dan alcohol
Berikut adalah tips untuk memastikan anda mendapat tidur yang cukup dan berkualiti.
- Pastikan waktu tidur anda konsisten
- Pastikan anda tidak mengambil minuman berkafein 4-6 jam sebelum tidur malam
- Tenangkan diri anda sebelum tidur seperti membaca buku, menyedut bau aromaterapi dan berzikir.
- Pastikan penggunaan gadjet, telefon tidak digunakan sebelum tidur
- Pastikan bilik tidur anda selesa dan tiada sinaran cahaya, bising, suhu yang terlalu panas atau sejuk.
Kesimpulannya, setiap orang mempunyai waktu tidur yang berbeza-beza. Akan tetapi waktu yang cukup untuk golongan dewasa adalah 7-9 jam. Itu sudah memadai. Jadi, jangan sesekali mengabaikan waktu tidur anda kerana ianya sangat penting dalam aspek utama kesihatan anda.

