Keupayaan untuk ketahanan badan harus dilakukan dengan cara melakukan senaman dan makan makanan yang berkhasiat. Tetapi jangan lupa bahawa tidur yang berkualiti juga memainkan peranan penting dalam mengurangkan risiko COVID-19. 
Mengapa tidur yang berkualiti semakin penting semasa wabak ini?
Tidur yang berkualiti membantu meningkatkan ketahanan semasa Pandemik COVID-19. Berdasarkan penyelidikan yang dijalankan mengesahkan bahawa tidur sangat penting dalam kesihatan tubuh manusia. Tidur yang berkualiti dapat meningkatkan sistem ketahanan tubuh badan daripada virus yang merbahaya, seperti jangkitan SARS-CoV-2 yang menyebabkan COVID-19.
Pakar Perubatan tidur atau Ahli Somologi di Indonesia, iaitu Dr.Andreas Prasadja menyatakan terdapat dua faktor penting untuk tidur iaitu dalam menjaga kestabilan, kesihatan fizikal, dan emosi seseorang.
- Pertama ialah tidur dapat meningkatkan prestasi otak anda seperti sentiasa cerdas dan mampu mengawal emosi.
- Kedua, sistem imun manusia dapat berfungsi secara optimum apabila anda mendapat tidur yang mencukupi. Walaupun vitamin dan makanan tambahan telah diambil, tetapi jika tanpa tidur yang berkualiti, sukar untuk sistem imun berfungsi dengan baik.
Terdapat tiga faktor yang menyokong kesihatan anda iaitu pemakanan yang seimbang, senaman, dan tidur. Ketiga-tiga ini adalah tunjang utama kepada tidur anda kerana ianya saling berkait rapat antara satu sama lain.
“Justeru, pengambilan pemakanan yang seimbang serta bersenam tidak akan berguna jika anda tidak mendapat tidur yang baik,” kata Dr. Andreas Prasadja.
Sistem imun badan manusia dipengaruhi dengan tidur yang berkualiti. Antara sebabnya ialah semasa badan sedang berehat atau tidur, sel interleukin akan naik. Jadi, protein sangat penting untuk merangsang tindak balas imun di badan seseorang yang disebut sebagai interleukin.
Kajian yang menghubungkan tidur berkualiti dengan peningkatan imuniti telah banyak dibincangkan dalam jurnal saintifik. Terdapat satu kajian yang menyatakan bahawa keberangkalian orang yang cukup tidur untuk mendapat virus influenza sangat tipis daripada mereka yang tidak cukup tidur.
“Oleh itu, tidur yang berkualiti dapat membantu kita mencegah dari penularan COVID-19 dan gejalanya,” kata Pakar Kesihatan tidur.
Masalah kualiti tidur semasa pandemik COVID-19
Dalam keadaan pandemik sekarang, kita lebih banyak menghabiskan masa melakukan aktiviti di rumah yang tidak menjejaskan kualiti tidur kita. Ada diantara pesakit yang mengalami masalah kualiti tidur yang dirawat oleh Dr.Andreas Prasadja.
Terdapat beberapa orang yang kualiti tidurnya bertambah baik, kerana ia lebih mudah diuruskan waktu bekerja dari rumah berbanding ke pejabat yang menyebabkan mereka banyak menghabiskan masa dalam kesesakan lalu lintas.
Satu kajian yang dilakukan oleh kira-kira 1,600 orang daripada 60 negara menunjukkan bahawa 46% pesakit yang mengalami masalah kekurangan tidur semasa pandemik, di mana hanya 25% mengalami gangguan tidur sejak sebelum wabak COVID-19 ini.
Berdasarkan kajian dari Monash University Melbourne, hampir 42% orang yang mendapat tidur yang baik, waktu tidur yang cukup dan bangun mengikut waktunya.
Walau bagaimanapun, masalah tidur semakin bertambah dan memburukan semasa pandemik COVID-19. Dr.Andreas Prasadja juga terpaksa menerima banyak keluhan daripada pesakit semasa pandemik COVID-19 ini.
Oleh itu, bagi mereka yang mempunyai masalah semasa pandemik dan kesukaran untuk mendapatkan tidur yang berkualiti, anda perlu mengatur waktu tidur anda 7-8 jam dan bangun dan tidur pada waktu yang betul.

