Bilik tidur adalah ruang atau tempat untuk kita semua beristirehat setelah seharian penat bekerja. Tidur sangat penting kerana ia akan mempengaruhi kesihatan kita. Jadi, amat penting untuk kita mendapat tidur yang cukup.
Untuk mendapat tidur yang lena, keadaan bilik tidur harus selesa dan sesuai dengan diri anda. Jom kita ketahui beberapa faktor yang akan membuatkan bilik tidur kita menjadi lebih selesa.
- Pintu
Bilik tidur yang berpintu lebih selesa untuk tidur berbanding yang terbuka kerana ia memberi ruang privasi kepada kita. Selain itu, ia juga dapat mengawal bunyi dan suhu di dalam bilik.
- Cahaya
Cahaya di waktu siang amat bagus lebih-lebih lagi di waktu pagi. Biarkan bilik tidur disinari cahaya matahari. Manakala di waktu malam, gunakan lampu yang boleh mengawal kecerahanya agar tidak mengganggu tidur anda.
- Suhu
Aliran udara di dalam bilik tidur sangat penting. Pastikan aliran udara di dalam bilik tidur mengalir dengan baik melalui tingkap. Anda juga boleh menggunakan penghawa dingin untuk mendapat tidur malam yang lena.
- Katil
Pemilihan katil sangat penting kerana ia membantu mengelak dari sakit tulang belakang. Jadi, pilihlah katil yang tepat dan tilam yang selesa untuk tidur anda. Jangan lupa untuk tukarkan bahagian atas tilam selepas 3 bulan.
- Bantal
Bantal yang selesa dan empuk memainkan peranan yang penting semasa tidur. Jadi pilih bantal yang berkualiti dan yang boleh dilaraskan ketinggiannya. Ianya sangat bagus untuk mengelak dari sakit tengkuk.
- Jenis kain
Ada dikalangan kita yang mungkin mengalami alahan jenis kain semasa tidur. Jadi, pilih kain mengikut kesesuaian kulit anda serta menukar cadar dan sarung bantal setiap minggu.
Bilik tidur yang selesa akan memberi tidur yang berkualiti kepada anda. Jadi, pastikan bilik tidur anda sentiasa bersih dan memberi kebahagiaan kepada anda.

