Pasti setiap orang menginginkan tidur yang lena. Tetapi, sebelum tidur, penjagaan pemakanan haruslah betul dan tepat. Oleh itu, terdapat beberapa jenis makanan yang perlu dielakkan agar tidak mengganggu tidur anda.
- Sayuran Cruciferous
Sayur Cruciferous adalah sayur yang mengandungi serat yang banyak dan memerlukan masa untuk dicerna dengan baik. Antara sayur cruciferous ialah brokoli dan kobis bunga. Jadi, sekiranya anda ingin makan sayur ini, anda boleh makan semasa waktu makan tengahari.
- Daging Merah
Daging merah memang sangat sedap di makan tetapi apabila makan di lewat malam, ia memerlukan masa untuk di hadam kerana ianya sangat kaya dengan protein. Jadi, elakkan makan makanan ini. Jika tidak, anda tidak mendapat tidur yang nyenyak.
- Sos Tomato
Sos tomato adalah sos tambahan dalam makanan. Tetapi, sos ini agak berasid dan boleh menyebabkan anda pedih ulu hati dan ketidakhadaman. Jika anda masih ingin mengambilnya, pastikan 3 jam sebelum tidur.
- Daging Kering dan Keju
Adakah anda tahu, pengambilan keju dan daging kering sangat baik di makan ketika di siang hari. Kenapa? Ini kerana ianya mengandungi tyramine iaitu sejenis asid amino yang boleh meningkatkan tahap kecerdasan anda. Jadi, makan semasa waktu siang amat bagus berbanding waktu malam.
- Coklat Pekat
Untuk pengetahuan anda, coklat pekat mengandungi satu perempat jumlah kafein di dalamnya. Sekiranya anda makan, ia sama seperti anda minum kafein iaitu memberi tenaga kepada anda. Jadi, mata anda tidak mengantuk.
- Kopi
Kopi mengandungi kafein. Minum kopi mengelakkan anda dari tidur. Jadi, elakkan minum kopi pada lewat malam.
- Minuman Bergas
Minuman bergas mempunyai kuantiti gula yang tinggi. Jika di minum lewat malam bersama pizza, ia akan menyebabkan anda sukar untuk melelapkan mata.
Sebaiknya, elakkan makan-makanan seperti di atas. Ingat, tidur yang cukup amat penting untuk kesihatan tubuh badan kita.