Bantal sangat penting untuk mendapat tidur yang lena. Bantal yang empuk menjadikan tidur malam menjadi selesa. Namun, ada yang menghadapi kesukaran tidur disebabkan sakit tengkuk. Ini disebabkan bantal yang nipis dan tidak empuk.
Jadi, apakah yang harus anda lakukan? Jom, ketahui tips cara untuk menjadikan bantal tidur kita kembali empuk.
- Basuh Bantal
- Gunakan bantal yang boleh dibasuh. Jemur atau gunakan mesin pengering untuk keringkan. Apabila bantal sudah kering, tepuk-tepuk di bahagian tepi bantal untuk mengekalkan keempukannya.
- Sinaran Matahari
- Apabila anda tidur dalam keadaan berpeluh, ia akan menyebabkan bantal anda menjadi lembap. Sekiranya anda melihat bantal anda semakin nipis, jemurkan bantal di sinaran cahaya matahari kerana matahari akan menyejat lembapan di bantal serta menjadikan bantal anda empuk.
- Menggunakan Tangan
- Dan satu lagi kaedah untuk empukkan bantal ialah sebelum dan selepas tidur pegang di bahagian tepi bantal dan tarik dan tolak ke tengah bantal. Tepuk- tepuk sikit bahagian tepi dan bantal anda akan menjadi empuk.
Itulah dia serba sedikit cara untuk mengekalkan keempukan bantal. Selamat mencuba.

