fbpx

KETAHUI CARA UNTUK MENDAPAT PAHALA DENGAN TIDUR

Tidur sangat penting untuk merehatkan badan dan otak kita setelah seharian penat bekerja. Dengan rehat badan kita akan lebih segar dan sihat. Jadi, apakah amalan pahala yang dapat kita peroleh ketika tidur? Ianya adalah dengan cara berwudhu.

  • Berwudhu sebelum tidur adalah satu amalan atau rutin yang perlu kita lakukan. Ianya sangat mudah untuk kita mendapat pahala. Jika tidak dilakukan, ianya tersangatlah rugi.

Rasulullah SAW bersabda;

“Bersihkanlah badan-badan ini, dan Allah akan menyucikan kamu. Tak ada seorang hamba yang menghabiskan malamnya dalam keadaan suci kecuali malaikat menghabiskan malam itu bersamanya. Dan apabila hamba itu berpusing di waktu malam, malaikat itu berkata: ” Ya Allah, ampunkan hambaMu, kerana dia tidur dalam keadaan bersuci.”

(HR Tabarani, al-Mu’jam al-Kabir)

Hadis ini sangat mudah dan bermanfaat kepada kita. Ini merupakan satu peringatan dan cara untuk kita mendapat pahala dan keampunan daripadanya.

Jangan lepaskan peluang pahala ini. Jadikan ia sebagai rutin dan amalan sunnah dalam kehidupan kita. Selamat beramal.

Bantal Leyna untuk mereka yang nak tidur lena. Berminat untuk merasai kegebuan dan kemewahan Bantal Leyna

Berminat jana income 5 angka dengan FAMILY LEYNA

Jom Kenali Flenaz Synergy