5 WAKTU TIDUR YANG DILARANG DALAM ISLAM

Tidur memberi rehat kepada otak dan badan kita setelah penat melakukan aktiviti. Jika anda tidak mendapat tidur yang cukup, ia akan menjejaskan kesihatan dan minda anda. Ia akan menyebabkan anda kelihatan letih, kusam, tidak bermaya, hilang fokus dan tidak produktif.

Tidur adalah nikmat yang diberikan oleh Allah SWT. “Dan adalah karena rahmat-Nya, Dia jadikan untukmu malam dan siang, agar kamu beristirahat pada malam hari dan agar kamu mencari sebagian karunia-Nya (pada siang hari) dan agar kamu bersyukur kepada-Nya,” (Q.S Al Qashahs: 73)

Bangun dari tidur dapat memberi kesegaran kepada tubuh badan kita. Walaubagaimanapun, terdapat 5 waktu tidur yang patut kita hindari, iaitu:

  1. Tidur di pagi hari setelah solat subuh

  • Tidur selepas solat subuh dilarang dalam Islam. Ramai diantara kita yang tidur selepas solat subuh kerana ia memberi keselesaan kepada seseorang sehingga bangun lewat pagi. Secara tidak langsung ia akan menyebabkan anda kurang produktif, rasa malas dan kurang rezeki.
  • Larangan tidur selepas solat subuh dijelaskan dalam sebuah hadis. Rasulullah SAW bersabda, “Apabila kamu telah selesai solat Subuh janganlah kamu tidur tanpa mencari rezeki.” (HR. Thabrani)
  1. Tidur selepas solat asar menjelang maghrib

  • Tidur selepas solat Asar dan sebelum Maghrib adalah dilarang dalam Islam. Ia akan menyebabkan seseorang itu mengalami masalah kesihatan seperti mudah keliru malah boleh menyebabkan gangguan mental.
  • Dalam hadis bahwa diriwayatkan dari ‘Aisyah Radhiyallahu anha, Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa yang tidur setelah shalat Ashar lalu akalnya hilang, maka janganlah dia mencela (menyalahkan) kecuali dirinya sendiri.”
  1. Tidur sebelum solat Isyak

  • Tidur sebelum solat Isyak adalah dilarang oleh Rasulullah SAW. Sekiranya anda merasa mengantuk semasa waktu ini, cuba untuk tidak tidur dan segera membasuh muka untuk mengelak dari rasa mengantuk.Ini untuk mengelak dari terlepasnya solat Isyak. Seeloknya, tidurlah selepas solat Isyak.
  • Diriwayatkan dari Abu Barzah radlyallaahu ‘anhu: “Bahwasannya Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam membenci tidur sebelum salat isya’ dan mengobrol setelahnya.” (HR. Bukhari 568 dan Muslim 647)
  1. Tidur selepas selesai makan

  • Mengantuk boleh berlaku apabila seseorang itu selesai makan dan akhirnya dia tertidur. Ianya sangat tidak bagus dan boleh membahayakan kesihatan anda.
  • Tidur selepas makan boleh menyebabkan sistem pencernaan kita menjadi lambat serta memberi tekanan kepada perut kita. Jadi, pastikan anda tidak tidur terus selepas makan. Jarakkan 1-2 jam sekiranya ingin tidur selepas makan.
  1. Tidur sepanjang hari boleh menyebabkan kita lalai kepada kewajipan

  • Tidur dapat memberi istirehat dan tenaga kepada tubuh badan kita. Tidur yang cukup dan berkualiti dapat meningkatkan kualiti hidup. Namun, jika tidur yang berlebihan ia akan menyebabkan seseorang itu lalai dari melakukan tanggungjawabnya. Contohnya, melewatkan solat 5 waktu. Jadi, pastikan anda tidak melakukan tabiat ini.

Jadi, pastikan anda hindari 5 waktu ini bagi memastikan kehidupan anda diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT.

Bantal Leyna untuk mereka yang nak tidur lena. Berminat untuk merasai kegebuan dan kemewahan Bantal Leyna

Berminat jana income 5 angka dengan FAMILY LEYNA

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *