Adakah anda pernah mengalami masalah susah nak tidur walaupun sudah pukul 12.00 pagi atau 3.00 pagi. Ianya akan memberi kesan kepada anda apabila bangun pagi. Anda akan merasa keletihan, tidak bermaya dan hilang fokus.
Masalah susah nak tidur ini berpunca daripada kecelaruan fungsi otak. Mereka yang mempunyai masalah ini adalah disebabkan daya ingatan yang lemah. Sebaiknya, dapatkan rawatan dan jangan makan ubat bagi mengelak masalah ini berlarutan.
Cara untuk mengatasi masalah kesukaran tidur
- Kebiasaannya kesukaran tidur berlaku apabila seseorang itu banyak berfikir di siang hari. Untuk mengelak anda dari terus berfikir, apa kata luangkan masa anda untuk mendengar radio sebentar untuk menenangkan diri anda.
- Waktu malam adalah masa untuk berehat. Jadi, elakkan melakukan kerja pejabat semasa waktu malam kerana ia akan membuatkan anda berfikir tentang kerja. Lakukan aktiviti yang dapat menenangkan minda anda.
- Pastikan anda tidak minum minuman yang berkafein sebelum masuk tidur. Ini akan mengakibatkan anda berjaga malam dan sukar tidur.
- Waktu petang adalah waktu yang sesuai untuk anda melakukan aktiviti yang sihat. Jadi, elakkan tidur selepas asar dan maghrib. Sekiranya anda tidur, ia akan menyukarkan anda untuk tidur malam.
- Bersenam seperti berjoging, berbasikal dan lain-lain di waktu petang dapat menyihatkan badan anda. Ia juga salah satu cara untuk anda mendapat tidur yang nyenyak di waktu malam.
- Sebelum tidur, mandi dahulu kerana ia akan memberi kesegaran dan keselesaan kepada diri anda.
- Sentiasa berzikir kerana ia dapat mengelakkan diri anda dari berfikir panjang. Amalkan zikir, baca 3 qul serta ayat kursi sebelum tidur.
Itulah dia antara beberapa perkara yang perlu anda ketahui untuk mengelak dari masalah tidur.

