PUNCA DAN CARA UNTUK MENGATASI MASALAH SOMNIPHOBIA

Adakah anda pernah mendengar tentang hipnofobia, klinikofobia, atau somniphobia? Ketiga-tiga ini adalah masalah utama kepada fobia tidur.

Ketiga-tiganya mempunyai makna yang sama yang disebut sebagai somniphobia iaitu fobia tidur atau yang selalu kita dengar takut tidur. Somniphobia ini berasal dari perkataan latin somnus yang bermaksud tidur dan phobos yang bermaksud takut.

Mereka yang mengalami somniphobia akan merasa takut untuk tidur kerana memikirkan perkara yang berlaku seperti kematian. Mereka juga sering merasa gelisah sehingga mengganggu waktu tidur mereka. Oleh itu, mereka lebih sentiasa berhati-hati dan lebih berjaga sepanjang hari.

Gejala fobia tidur

Terdapat beberapa gejala yang sering mengganggu mereka iaitu mereka akan mengelak dari tidur sama ada tidur di siang hari atau malam. Mereka yang mengalami simptom ini mudah terjaga di tengah malam disebabkan tidak selesa atau merasa panik, gementar dan rasa dada berdebar-debar.

Antara punca somniphobia

Terdapat beberapa sebab yang berlakunya somniphobia kepada mereka yang menghidapi iaitu:

  1. Mengalami mimpi buruk

📌 Mimpi buruk semasa tidur adalah perkara yang tidak disukai oleh semua orang. Ia akan mengganggu tidur anda sehingga menyebabkan anda takut untuk tidur. Selain itu, ia akan menjadikan badan dan fikiran anda tidak bermaya semasa bangun dari tidur.

  1. Takut tidak dapat bangun semula

📌 Mereka yang mengalami somniphobia atau klinikofobia akan merasa takut ketika tidur kerana bimbang mereka tidak dapat bangun semula atau nyawa mereka sudah tiada.

Jadi, apakah cara untuk mengatasi masalah somniphobia ini?

  1. Kenal pasti puncanya

✅ Pastikan anda kenal pasti penyebab berlakunya klinofobia atau somniphobia.

✅ Kenal pasti adakah kedua-dua perkara di atas menyebabkan seseorang itu menderita.

✅ Apabila puncanya diketahui, amat mudah untuk menyelesaikannya.

  1. Rujuk dengan doktor

Untuk mengatasi masalah somniphobia, anda boleh berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan dengan lebih lanjut. Ingat, tidur sangat penting untuk kesihatan tubuh badan.

  1. Pastikan bilik selesa

Untuk memastikan kita mendapat tidur yang selesa, anda boleh mengubah suasana tempat tidur anda bagi memastikan ia kelihatan lebih segar dan tenang. Tak lupa juga, bantal dan tilam anda. Pastikan ia bersesuaian dengan anda untuk mendapat tidur yang nyenyak.

Itulah dia info berkenaan tentang somniphobia. Pastikan anda sentiasa memantau tidur anda dan mendapat tidur yang lena.

Bantal Leyna untuk mereka yang nak tidur lena. Berminat untuk merasai kegebuan dan kemewahan Bantal Leyna

Berminat jana income 5 angka dengan FAMILY LEYNA

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *