KENALI 2 JENIS VERTIGO

Anda merasa sekeliling anda bergerak selepas bangun tidur? Ketahui puncanya.

Pernahkah anda mendengar tentang penyakit yang dikenali sebagai vertigo? Untuk pengetahuan anda, vertigo berlaku apabila seseorang itu merasa seolah-olah sedang berpusing sehingga menyebabkannya loya serta hilang keseimbangan sehingga jatuh.

Berdasarkan penjelasan dari Pakar Audiologis Eartistic, Dr. Shasa Aziz, berkata, keadaan seseorang yang menghadapi penyakit vertigo akan menjejaskan bahagian dalam telinga atau menyebabkan jalan tidak seimbang.

Menurut Dr. Shasa, terdapat dua kategori masalah vertigo iaitu:

1. Vertigo Periperal

Vertigo Periperal adalah masalah pada bahagian dalam telinga iaitu Benign paroxysmal positional vertigo (BPPV) yang berfungsi menghantar maklumat ke otak untuk mengawal keseimbangan.

Selain itu, kesan dari pengambilan ubat-ubatan atau kecederaan yang pernah anda alami di kepala.

2. Vertigo Central

Vertigo Central adalah masalah dibahagian otak yang disebut sebagai cerebellum yang mengawal keseimbangan badan

“Sebenarnya ramai daripada kita yang tidak sedar sakit kepala yang kita alami sehingga rasa berpusing dan hilang keseimbangan badan adalah gejala vertigo.

“Malah ramai merasakan situasi itu sebagai remeh sama ada ia hanya berlaku sekali atau merasakan ada sebab lain menyebabkan mereka berasa berpusing, loya serta hilang keseimbangan.

“Tetapi jika dibiarkan ia boleh membahayakan kesihatan dan sangat penting untuk mengenali punca, bahaya dan cara mengubatinya,” katanya.

Bantal Leyna untuk mereka yang nak tidur lena. Berminat untuk merasai kegebuan dan kemewahan Bantal Leyna

Berminat jana income 5 angka dengan FAMILY LEYNA

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *