Kemalangan jalanraya boleh berlaku apabila anda tertidur atau mengantuk. Ianya sangat berbahaya kepada diri anda, penumpang dan kenderaan yang lain. Oleh itu, rasa mengantuk semasa memandu amatlah bahaya.
Berikut merupakan beberapa tanda yang harus kita berhenti sebentar.
📌 hilang fokus dan berkhayal
📌 menguap
📌 kenderaan yang dibawa melebihi garisan
Mereka yang memandu dalam keadaan mengantuk ada yang mengatakan mereka masih boleh memandu. Sebaiknya, berhenti dan berehat dahulu sebelum memulakan perjalanan. Atau amalkan beberapa tips yang boleh anda cuba, iaitu:
- Berhenti sebentar dan tidur selama 10-20 minit bagi menyegarkan minda anda. Pastikan anda berehat di kawasan yang selamat seperti R&R atau di stesen minyak.
- Tukar pemandu dengan pasangan sebelah anda jika mengantuk.
- Sekiranya berteman semasa memandu, berbuallah dengan rakan atau pasangan bagi mengelak rasa bosan.
- Pastikan anda tidak terburu-buru untuk sampai ke tempat yang dituju. Sebaiknya bertolak lebih awal untuk sampai dengan selamat.
- Kesan dari minum minuman keras seperti arak akan menyebabkan seseorang itu mudah mengantuk. Oleh itu, bagi mereka yang bukan beragama Islam anda digalakkan agar tidak meminum arak sambil memandu.
- Jika anda memandu di waktu malam, anda boleh minum minuman kafein kerana ia akan mengelak anda dari rasa mengantuk.
Jadi, sentiasa berhati-hati semasa memandu. Jangan memandu jika sekiranya anda mengantuk. Pastikan anda mengatur perjalanan anda serta dapatkan rehat yang secukupnya.

