Tidur adalah waktu untuk kita beristirehat. Setiap daripada kita memerlukan rehat selama 6-8 jam sehari. Namun, ada dikalangan kita yang mengalami masalah tidur iaitu tidur terkejut di tengah malam. Jadi apakah sebab atau punca yang menyebabkan perkara ini berlaku.
Berikut merupakan 5 sebab yang menyebabkan anda sering tidur terkejut di tengah malam:
1. Kandungan gula tinggi dalam darah
Mereka yang mengalami diabetes akan mempunyai simptom terkejut di tengah malam kerana kandungan gula yang tinggi dalam darah akan menyebabkan anda terasa ingin membuang air kecil dan menyebabkan anda terjaga.
2. Hormon kortisol meningkat
Jika hormon kortisol diganggu, ia akan menyebabkan anda tidur terkejut ditengah malam. Malah, ia juga akan menyebabkan anda sukar tidur dan letih apabila bangun keesokan paginya. Keadaan ini boleh berlaku kepada mereka yang mengalami stress.
3. Kopi dan teh
Kopi dan teh mengandungi kafein yang boleh menyebabkan tidur anda terganggu. Kafein memerlukan masa untuk dihadam. Sebaiknya, elakkan minum sebelum tidur atau minum keesokkan paginya.
4. Banyak pencahayaan
Cahaya dari luar, komputer, laptop, telefon dan screen tv akan menganggu tidur anda. Jika tidak dibendung, ia boleh menyebabkan anda terjaga dan sukar kembali tidur.
5. Sleep apnea
Apabila seseorang itu mengalami sleep apnea, anda boleh mengamalkan pengambilan vitamin B1. Vitamin B1 dapat memperbaiki masalah pernafasan serta merangsang perkembangan minda anda.
Oleh itu, pastikan anda menjaga kesihatan dan tidur dengan baik.

