Nak bilik tidur seperti hotel? Nak rasa selesa dan mewah serta enjoy semasa berehat? Bilik tidur adalah bilik untuk kita berehat dan memanjakan diri. Bilik tidur seperti hotel sangat memberi keselesaan yang mewah dan cantik kepada kita. Oleh itu, terdapat beberapa cara yang mudah untuk menjadikan bilik tidur anda seperti hotel.
1. Lampu Tidur
- Lampu tidur biasa kurang memberi rasa tidur seperti di hotel. Untuk menaikkan rasa seperti di hotel anda boleh menggunakan lampu di sisi katil untuk merasai kehangatan seperti berada di bilik hotel.
2. Cadar dan Bantal
- Gunakan kain cadar jenis fabrik kerana ianya selesa dan membuat suasana bilik tidur lebih selesa. Bantal pula anda boleh gunakan bantal kecil untuk menaikkan seri bilik kerana ianya bukan sahaja digunakan untuk dipeluk malah selesa digunakan semasa menonton tv dan membaca buku.
3. Warna
- Apabila masuk bilik hotel mesti warnanya memain peranan yang penting kepada kita. Jadi, untuk bilik tidur anda, anda boleh gunakan warna kuning, biru dan merah sebagai warna utama di dalam bilik serta sesuaikan dengan satu warna lagi yang selaras dengannya.
4. Bahan Lantai
- Lantai yang cantik dan lembut memberi keselesaan kepada kaki kita. Jika kos lantai yang anda inginkan terlalu mahal, anda boleh menggunakan karpet dengan warna neutral. Pastikan saiz karpet mengikut ruang bilik tidur anda.
5. Bangku
- Mesti anda pernah tengok kerusi diletakkan di hadapan katil. Bangku yang di letakkan di depan katil dapat meningkatkan rasa mewah dan selesa di dalam bilik. Selain itu, ia juga boleh dijadikan tempat untuk meletakkan barang seperti buku dan lain-lain.
6. Kepala Katil
- Selalunya di bahagian kepala katil dijadikan tempat untuk kita bersandar. Untuk menampakkan bilik tidur anda kelihatan menarik, anda boleh susun bingkai gambar atau cermin di dinding atas kepala katil untuk menaikkan seri bilik tidur anda.
7. Aksesori
- Terdapat banyak aksesori yang boleh dijadikan hiasan di dalam bilik tidur seperti lilin, buku, arca dan lain-lain. Sesuaikan mengikut citarasa anda dan pastikan ia kelihatan menarik seperti anda pergi bercuti bersama orang yang tersayang.
Oleh itu, untuk menjadikan bilik tidur anda kelihatan seperti di hotel, anda boleh mengamalkan tips ini. Selamat mencuba.

