KEPENTINGAN TIDUR AWAL BAGI KANAK-KANAK

Tidur awal sangat penting untuk anak-anak. Ini kerana tidur awal dapat membantu perkembangan anak-anak secara mental dan fizikal. Ibu bapa perlu mendidik dan mengatur waktu tidur anak-anak supaya ia menjadi satu rutin kepada mereka.

Antara kebaikan tidur awal kepada kanak-kanak ialah:

1. Membantu mengurangkan masalah toksik dalam otak

  • Otak berfungsi apabila terdapat sesuatu tenaga. Apabila ia terhasil, sejenis toksik perlu disingkirkan melalui sistem glymphatic. Sistem ini sangat aktif semasa tidur. Untuk mengelakkannya, ibu bapa perlu memastikan proses pembersihan ini lancar agar anak anda mendapat tidur yang lena.

2. Meningkatkan kreativiti

  • Hypnagogia berlaku semasa anak anda dalam keadaan sedar dan tidur. Waktu ini anak anda sedang belajar untuk menyelesaikan masalah secara kreatif. Ini kerana otak sedang menyusun dan meningkatkan memorinya.

3. Menguatkan ingatan anak-anak

  • Tidur yang berkualiti dapat meningkatkan ingatan anak anda. Ini kerana memori jangka pendek akan ditukar kepada memori jangka panjang. Jadi, semasa tidur otak akan memperlihatkan kembali perkara yang berlaku.

Oleh itu, lakukan rutin tidur awal dan bangun awal pada waktu yang sama setiap hari. Dan sekaligus ia akan menjadi kebiasaan kepada anak-anak.

Bantal Leyna untuk mereka yang nak tidur lena. Berminat untuk merasai kegebuan dan kemewahan Bantal Leyna

Berminat jana income 5 angka dengan FAMILY LEYNA

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *