Apabila masalah tidur menganggu tidur kita, mesti kita berfikir mungkin disebabkan kesihatan atau tempat tidur yang tidak selesa. Namun, jika difikirkan pemakanan juga boleh menyebabkan seseorang mengalami masalah sukar tidur.
Antara sebab yang boleh menganggu tidur kita ialah jenis makanan yang kita makan sebelum tidur. Malah, ia juga boleh menganggu kesihatan anda.
Jadikan apakah jenis makanan yang perlu dielakkan sebelum tidur.
1. Ais krim dan coklat

- Elakkan makan makanan manis seperti ais krim dan coklat sebelum tidur. Ini adalah kerana kandungan gula yang tinggi dapat meningkatkan kadar insulin dalam badan. Sekaligus menyebabkan anda susah untuk tidur.
2. Tomato

- Sayur-sayuran dan buah-buahan sememangnya mengandungi khasiat yang tinggi. Namun, elakkan memakan buah tomato. Ini kerana tomato mengandungi asid yang tinggi sehingga boleh menyebabkan seseorang itu tidak boleh tidur.
3. Kerepek kentang

Makanan ringan seperti kerepek kentang sememangnya menjadi kegemaran ramai. Namun, ianya tidak sihat dimakan kerana kalorinya yang tinggi dan lemak tepu sehingga menyebabkan seseorang menjadi ketagih untuk memakannya.
4. Keju

- Siapa yang tidak suka dengan keju. Keju menjadi idaman setiap orang. Namun, keju tidak sesuai dimakan sebelum tidur kerana ianya mengandungi tyramine dan asid amino yang boleh menyebabkan kualiti tidur anda terganggu.
5. Makanan pedas

- Elakkan makan makanan pedas sebelum tidur. Ini adalah kerana ia boleh meningkatkan metabolisme dalam badan serta menganggu tidur anda.
Oleh itu, sebelum tidur pastikan anda tidak makan makanan yang boleh menganggu waktu tidur anda. Perhatikan makanan yang anda hendak makan sebelum tidur.

