Anda pernah mengalami batuk-batuk di waktu malam? Bila asyik batuk, tidur pun terganggu sehingga menyebabkan anda tidak mendapat tidur yang cukup. Tahukah anda, batuk berlaku apabila terdapat gangguan pada tekak anda sehingga menyebabkan gejala sampingan seperti demam, lendir atau kahak dan kurang minum air.
Jika anda mengalami selesema, anda akan mengalami lendir atau kahak yang boleh mencetuskan batuk. Batuk yang mengeluarkan lendir dikenali sebagai batuk “produktif” manakala batuk yang tidak berlendir atau kering, adalah batuk yang “tidak produktif” yang boleh menganggu tidur anda.
Oleh itu, mari kita ketahui punca yang menyebabkan anda mengalami batuk kering di waktu malam, iaitu:
1. Jangkitan virus
Jangkitan virus berlaku apabila anda mengalami selesema beberapa hari sehingga boleh menyebabkan anda demam.
Keadaan ini boleh menyebabkan salur pernafasan anda terganggu sehingga memerlukan masa untuk pulih.
2. Asma
Asma ialah keadaan di mana saluran pernafasan anda membengkak sehingga menyukarkan anda untuk bernafas seperti biasa.
Jadi sekiranya anda batuk disebabkan asma, ianya boleh menjadi batuk “produktif” atau “tidak produktif” yang menjadikan anda lebih teruk apabila di waktu malam dan awal pagi.
3. GERD
Menurut Healthline, batuk kering juga boleh berlaku disebabkan penyakit gastroesophageal reflux (GERD) iaitu sejenis tindak balas asid kronik dalam badan.
Akibatnya itu, asid perut berlaku sehingga ke kawasan leher yang boleh menyebabkan anda batuk apabila di waktu malam.
4. Postnasal drip
Bagi postnatal drip, ianya adalah disebabkan lendir atau kahak yang terlalu banyak apabila anda mengalami selesema atau alahan.
Walau bagaimanapun, apabila lendir atau kahak berada di bahagian belakang tekak, ia boleh menimbulkan rasa tidak selesa sehingga menyebabkan anda batuk kering.
Oleh itu, pastikan anda memantau tahap kesihatan anda agar ia tidak menganggu tidur anda.

